Projek Set Kepala Samsung, Google dan Qualcomm Dilaporkan Ditangguh Sekali Lagi

TechnologyDigital
23 Sep 2024 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sepatutnya melancarkan sepasang set kepala realiti terimbuh (AR) dengan kerjasama Google dan Qualcomm tahun ini tetapi projek telah ditangguhkan selepas melihat Apple Vision Pro dilancarkan. Tiada tarikh bilakah ia akan dilancarkan dengan ketiga-tiga syarikat bertindak mendiamkan diri sahaja.

Kini menurut laporan media Korea, projek ini telah ditangguhkan sekali lagi juga selepas melihat apa yang berlaku kepada Vision Pro. Menurut laporan Hankooki, projek ditangguhkan kerana hala tuju peranti diubah selepas melihat jualan Vision Pro yang mengecewakan pasca gelombang pertama. Vision Pro dilaporkan hanya terjual sekitar 130,000 ribu unit di Amerika Syarikat yang adalah jauh lebih rendah berbanding sasaran antara 300-400 ribu unit.

image is not available
Samsung HMD Odyssey

Melihat situasi ini, Samung, Google dan Qualcomm kini dipercayai akan menghasilkan cermin mata pintar pula seperti yang dikeluarkan oleh Meta menerusi kerjasama dengan Ray-Ban. Jualan cermin mata ini sangat memberangsangkan sehingga kedua-dua syarikat meneruskan kerjasama eksklusif selama sepuluh tahun lagi minggu lalu.

Keputusan juga dipercayai diambil selepas LG juga menghentikan pembangunan set kepala XR mereka. Malahan Meta sendiri membatalkan pembangunan Meta Quest Pro baharu dan memberikan tumpuan kepada cermin mata pintar yang lebih berkuasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved