Projek tebatan banjir Batu Tiga dijangka siap sebelum Monsun Timur Laut

LocalEnvironment
15 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Projek tebatan banjir Batu Tiga dijangka siap sebelum Monsun Timur Laut

SHAH ALAM, 15 JULAI: Projek tebatan banjir di Batu Tiga dijangka siap sebelum bermulanya musim Monsun Timur Laut hujung tahun ini, sekali gus mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Danial Al Rashid Haron berkata projek itu merangkumi kerja pendalaman Sungai Klang dan pembinaan tembok tebatan banjir sepanjang kira-kira tiga kilometer.

Beliau berkata kedua-dua komponen projek kini sedang giat dilaksanakan mengikut jadual bagi meningkatkan keupayaan sistem saliran serta mengurangkan impak banjir kepada penduduk.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran kerana kerja pendalaman Sungai Klang sedang berjalan dengan baik.

“Projek pembinaan tembok setinggi kira-kira tujuh meter juga sedang dilaksanakan. Jajarannya sepanjang tiga kilometer dan memerlukan masa yang panjang, tetapi kita berharap ia dapat diselesaikan sebelum musim monsun hujung tahun ini,” katanya.

Danial berkata projek berkenaan penting bagi melindungi kawasan kediaman serta premis berhampiran yang berisiko terjejas apabila berlaku hujan lebat dan peningkatan paras sungai.

Beliau berkata perkembangan projek akan terus diberi perhatian supaya pelaksanaannya dapat diselesaikan mengikut tempoh ditetapkan.

Selain tebatan banjir, pembangunan Batu Tiga turut merangkumi pertumbuhan sektor perindustrian dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam susulan pembukaan LRT3.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved