Projek Terowong Di Setiawangsa Akan Bermula September - DBKL

11 Aug 2022 • 7:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
DBKL telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut dan ia akan mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR - Projek pembinaan terowong di Jalan Mohd Yatim Yahaya-Jalan Setiawangsa di sini, dijangka bermula pada September ini.

DBKL dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya telah melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut dan ia akan mengambil masa selama 12 bulan untuk disiapkan.

"Sepanjang tempoh projek dilaksanakan kelak, penutupan jalan dan lencongan sedia ada akan diteruskan sehingga projek siap sepenuhnya.

"DBKL akan memastikan pengurusan trafik yang diuruskan oleh kontraktor dilantik berada dalam keadaan teratur dan baik untuk digunakan oleh semua pengguna jalan raya," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media pada Rabu menggesa DBKL menyegerakan projek pembinaan terowong di jalan tersebut yang menjadi laluan utama penduduk, termasuk dari Wangsa Maju dan sebahagian yang menetap di Sri Rampai. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved