Prolintas agih 1,957 nasi lemak sempena Hari Kebangsaan

31 Aug 2023 • 11:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pengagihan nasi lemak percuma kepada pengguna jalan raya sempena Hari Kebangsaan. - Foto Prolintas

image is not available
Prolintas agih 1,957 nasi lemak percuma kepada pengguna jalan raya. - Foto Prolintas

image is not available
Pengagihan nasi lemak percuma kepada pengguna diadakan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan. - Foto Prolintas jalan raya sempena Hari Kebangsaan ke-66

SHAH ALAM - Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengagihkan 1,957 nasi lemak percuma kepada pengguna yang melalui beberapa plaza tol di enam lebuh raya kendaliannya sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Prolintas, Badri Ibrahim berkata, agihan itu dijalankan bermula jam 8 pagi menyasarkan pengguna lebuh raya yang keluar bagi meraikan kemerdekaan negara di sekitar Lembah Klang.

“Lokasi agihan ialah Plaza Tol Datuk Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Plaza Tol Alam Impian, Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Plaza Tol Sungai Ramal, Lebuhraya Kajang SILK.

**media[2328119]**

“Agihan sama turut dijalankan di Plaza Tol Alam Damai (arah Sri Petaling) dan Plaza Tol Ampang (arah Ulu Kelang), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) serta Plaza Tol Kota Damansara (arah Kuala Lumpur) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Badri berkata, lebih 1,000 nasi lemak juga diagihkan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE menjadikan jumlah keseluruhan agihan adalah 3,000 nasi lemak.

“Aktiviti ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan terutama dalam kalangan pengguna lebuh raya.

**media[2328117]**

"Pemberian 1,957 nasi lemak itu sempena tahun bersejarah kemerdekaan negara, selain sebagai simbolik perpaduan dan hidangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya,” katanya.

Selain itu, menurutnya, pelbagai kempen dijalankan bersama warga kerja dan peniaga di kawasan rehat lebuh raya Prolintas sehingga 16 September depan.

"Kira-kira 600 Jalur Gemilang dipasang di sepanjang AKLEH, GCE, LKSA, SILK, SUKE dan DASH.

"Bagi menghangatkan lagi suasana sambutan itu, Prolintas turut menjalankan Pertandingan Menghias Premis Jualan di Kawasan Rehat Elmina, Lebuhraya GCE," katanya.

Tambahnya, peniaga-peniaga telah menghias premis jualan dengan barangan terpakai dengan tema kemerdekaan bagi menggalakkan aktiviti kitar semula dan kelestarian.

"Kempen memakai pakaian bertemakan kemerdekaan ke pejabat juga dijalankan pada 30 Ogos bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja Prolintas.

"Bahagian operasi lebuh raya Prolintas bersiap siaga dalam memastikan kelancaran trafik warga kota yang menggunakan lebuh raya-lebuh rayanya sempena cuti umum dan sambutan perayaan kemerdekaan hari ini," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: