Selepas dua tahun berniaga gerai, Bang Sudu berjaya buka kedai!

1 Sep 2023 • 4:40 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Selepas dua tahun menjalankan perniagaan di tepi jalan, pengusaha nasi lemak RM1 iaitu Bang Sudu berjaya membuka sebuah kedai yang terletak di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Selangor.

Menurut Bang Sudu atau Muhammad Fazrie Haiqal, dia tidak menyangka perniagaan diusahakan mendapat sokongan orang ramai sehingga mampu membuka kedai sendiri.

“Selepas dua tahun, hari ini saya berjaya buka kedai nasi lemak saya sendiri. Penantian yang sangat lama.. kalau bukan sokongan daripada korang, saya takkan dapat (mampu capai). Tak sangka secepat ini. Terima kasih semua,” katanya.

Bang Sudu berkata demikian menerusi sebuah hantaran berbentuk video pendek yang dimuat naik di aplikasi TikTok, semalam.

Video berdurasi 34 saat itu memaparkan momen susah payah sewaktu melakukan perniagaan gerai nasi lemak di tepi jalan sehingga akhirnya memiliki sebuah kedai sekali gus mengukuhkan lagi jenama ‘BangSudu Nasi Lemak RM1’.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas hasil usaha kerasnya selama ini selain mendoakan perniagaan Bang Sudu akan bertambah maju pada masa akan datang.

Tahniah! Siapa kata RM1 takkan berjaya?

image is not available

Alhamdulillah! Inspirasi

image is not available

Semoga terus maju jaya!

image is not available

Sebelum ini, perniagaan Bang Sudu menjadi tular di media sosial kerana ramai pelanggan sanggup beratur di awal pagi demi mendapatkan nasi lemak berharga RM1.

Sumber: TikTok @bangsuduu2