PROMO: Laptop Infinix serendah RM1699 di Lazada dan Shopee PayDay Sale

Digital
18 Jan 2023 • 11:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Infinix sudah menempa nama di Malaysia dengan pelancaran beberapa model telefon pintar yang sangat mampu milik dan berbaloi dengan prestasi yang disediakan. Ia menawarkan persaingan sengit buat model seperti Redmi dan Realme. Tetapi Infinix sebenarnya turut menghasilkan laptop dan ia juga telah dijual di Malaysia.

Salah satu promosi bulanan yang sering dijalankan di Lazada dan Shopee sekarang adalah Jualan Hari Gaji atau PayDay Sale. Untuk bulan ini, ia akan berlangsung pada 23-25 Januari di Lazada dan pada 25 Januari di Shopee. Sempena itu, Infinix akan turut menyediakan tawaran menarik untuk peminat di Malaysia.

Khas di Stor Rasmi Infinix di Lazada, pembeli boleh menikmati penghantaran percuma dan baucar diskaun tambahan RM8.88 untuk mana-mana pembelian. Berikut adalah tawaran yang disediakan:

  • Infinix Note 12 2023 (8GB+128GB) – RM799 RM769
  • Infinix Note 12 2023 (8GB+256GB) – RM899 RM799
  • Infinix Hot 11 (3GB+32GB) – RM469 RM449
  • Infinix Hot 11 (4GB+64GB) – RM519 RM399

  • Infinix Inbook X1 1005G1 i3 (8GB+256GB) – RM1,899 RM1,699
  • Infinix Inbook X1 1035G1 i5 (8GB+512GB)- RM2,399 RM2,199
  • Infinix Inbook X1 1065G7 i7 (16GB+512GB)- RM2,999 RM2,799

Manakala di Stor Rasmi Infinix di Shopee pula, pembeli boleh menerima penghantaran percuma dan tambahan pulangan tunai dalam bentuk Coins sebanyak 10%. Tawarannya seperti berikut:

  • Infinix Note 12 G96 (8GB+ 128GB) – RM769 RM665
  • Infinix Note 12 G96 (8GB + 256GB) – RM869 RM755
  • Infinix Hot 20i (4GB+ 128GB) – RM499 RM440

  • Infinix Inbook X1 1005G1 i3 (8GB+256GB) – RM1,899 RM1,699
  • Infinix Inbook X1 1035G1 i5 (8GB+512GB)- RM2,399 RM2,199
  • Infinix Inbook X1 1065G7 i7 (16GB+512GB)- RM2,999 RM2,799

Selain itu, pembelian di Lazada dan Shopee juga berpeluang untuk membeli fon putik Infinix XE25 TWS Power Monster pada harga RM109 sahaja (harga asal RM199).

Jika anda memang mencari telefon pintar dan laptop yang mampu milik, jangan terlepas mendapatkan tawaran Infinix Malaysia pada hujung bulan ini.

Bacaan Berkaitan