PROMO: Pengecas PD Duo 35W percuma jika anda tempah Galaxy A54 atau Galaxy A34 dengan kod eksklusif ini

Digital
29 Mar 2023 • 12:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Telefon Samsung Galaxy A54 dan Galaxy A34 adalah antara pilihan terbaik di bawah RM2,000. Peranti yang baru dilancar di Malaysia ini memiliki ciri kekalisan air dan debu IP67, sesuatu yang tidak terdapat pada telefon pintar jenama lain.

Samsung Malaysia kini membuka tempahan awal untuk Galaxy A54 dan Galaxy A34, menyediakan hadiah percuma fon putik Galaxy Buds Live dan jaminan selama 2-tahun. Tetapi anda sangat bertuah, kerana kami ada kod promosi eksklusif yang menyediakan hadiah tambahan.

Khas untuk pembaca SoyaCincau, anda boleh menerima hadiah tambahan berupa kepala pengecas Samsung 35W PD Power Adapter Duo bernilai RM99, secara percuma. Caranya sangat mudah, melalui kod promosi SYGA34545G.

image is not available
Pengecas Samsung 35W PD Power Adapter Duo bernilai RM99

Mula-mula, pergi ke Stor Online Samsung Malaysia dan pilih peranti dan warna yang anda ingini. Sama ada Galaxy A54 (berharga RM1,899) atau Galaxy A34 (berharga RM1,599).

Di ruangan checkout, masukkan kod SYGA34545G di ruangan Promo Code dan tekan Redeem. pastikan anda dapat melihat pengecas 35W PD Power Adapter Duo disenarai percuma, di samping Galaxy Buds Live.

image is not available

Akhir sekali, barulah tekan checkout dan buat bayaran. Stor Online Samsung Malaysia menerima pelbagai bentuk bayaran, seperti perbankan atas talian, kad kredit/debit, e-wallet, serta sistem beli sekarang bayar kemudian.

Kenali lebih lanjut mengenai Galaxy A54 dan Galaxy A34 menerusi video kami di sini:

Bacaan Berkaitan