Galaxy A14 5G, solusi Samsung untuk telefon 5G paling mampu milik

Digital
27 Mar 2023 • 4:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung dikesan telah mula menawarkan Samsung Galaxy A14 5G. Ia adalah salah satu variasi kepada Galaxy A14 LTE yang telah kami laporkan pelancarannya pertengahan Mac 2023 lalu.

Pengedar sah Samsung seperti DirectD dan Vivid Concept masing-masing menyenaraikan telefon ini pada harga RM949. Ia RM150 lebih tinggi berbanding variasi LTE. Namun, ia tetap menjadikan Galaxy A14 5G telefon 5G Samsung termurah untuk tahun 2023 ini.

Sebagai perbandingan, harga pelancarannya lebih murah berbanding Samsung Galaxy A13 5G RM1,099 yang dilancarkan dalam bulan September 2022 lalu.

image is not available

Spesifikasi Samsung Galaxy A14 5G

Samsung Galaxy A14 5G berkongsi sebahagian besar spesifikasi Galaxy A14 LTE yang kami telah laporkan pelancarannya tempoh hari. Perbezaan antara kedua-dua model ini adalah SoC versi 5G mengguna pakai Mediatek Dimensity 700 berbanding Exynos 850 pada versi 4G.

image is not available

Lain-lain spesifikasi adalah sama. Anda beroleh telefon dengan panel paparan FHD+ sebesar 6.6". Kemudian, kombinasi RAM dan storannya adalah 6 + 128GB.

Di bahagian pengimejan, anda temui konfigurasi trikamera belakang 50MP (utama), kamera makro 2MP dan kamera depth 2MP. Untuk perbandingan, kamera depth pada Galaxy A14 LTE adalah 5MP.

image is not available

Selfie diambil menggunakan kamera 13MP.

Tangki bateri yang membekalkan tenaga kepada komponen elektronik telefon ini adalah yang berkapasiti 5,000mAh dan ada sistem pengecasan 15W.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.