PROMO: Telefon lipat Huawei P50 Pocket ada diskaun RM1,500 sekarang

Digital
21 Dec 2022 • 2:20 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Berminat dengan telefon pintar boleh lipat? Jika ya, anda boleh cuba mendapatkan model dari Huawei. Huawei Malaysia kini mengadakan promosi sangat menarik untuk Huawei P50 Pocket sempena perayaan Hari Natal yang akan datang.

Huawei P50 Pocket telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Januari tahun ini, bersama Huawei P50 Pro. Ia menampilkan skrin boleh lipat yang serupa dengan Samsung Galaxy Z Flip 3.

image is not available

Dalam promosi kali ini, Huawei P50 Pocket diberikan diskaun RM1,500 manakala Premium Edition berwarna emas, mendapat diskaun RM1,300. Berikut adalah harganya selepas diskaun:

  • Huawei P50 Pocket (RAM 8GB + storan 256GB) – RM5,999 RM4,499
  • Huawei P50 Pocket Premium Edition (RAM 12GB + storan 512GB) – RM7,299 RM5,999

image is not available

Bagaimanapun, promosi ini tidak terdapat di atas talian sama ada Stor Online Huawei, Lazada atau Shopee. Tetapi diskaun ini hanya boleh didapati dengan melawati kedai fizikal yang tersenarai di sini.

Keunikan Huawei P50 Pocket adalah skrin luar bulat, jenis OLED berukuran 1.04-inci. Apabila dibuka, telefon ini memiliki skrin dalaman OLED 6.9-inci dalam nisbah 21:9 dan resolusi 2790×1188 piksel, serta kadar penyegaran 120Hz.

Di dalam, ia dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 888 tetapi tanpa sokongan 5G. Kamera pula terdapat tiga di luar, gabungan kamera utama 40MP, kamera ultra lebar 13MP dan kamera ultra-spectrum 32MP. Kamera di dalam pula adalah 10.7MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Huawei memasang bateri 4,000mAh di dalam telefon ini dan ia menyokong pengecasan pantas 40W menerusi USB-C, tetapi tiada pengecasan wayarles. Kekurangannya lagi, ia tidak kalis air dan debu IP68 seperti Galaxy Z Flip 3.

Seperti yang diketahui, aplikasi dan perkhidmatan Google masih tidak boleh digunakan. Sistem operasi pula jenis EMUI 12 dan sebarang aplikasi boleh dimuat turun menerusi gedung aplikasi Huawei AppGallery.

[Sumber: Huawei]

Bacaan Berkaitan