
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Promosi Batik Air Sempena Hari Guru: Ini Cara Untuk Cikgu Tebus Diskaun Tiket Kapal Terbang Sehingga 30%
Bersempena dengan sambutan Hari Guru 2026, Batik Air memperkenalkan satu kempen istimewa yang menawarkan promosi perjalanan khusus untuk golongan pendidik.
Melalui kempen ini, golongan cikgu boleh menikmati diskaun:
- Sehingga 15% bagi tambang Economy Value
- Sehingga 30% bagi tambang Economy Flexi.
Gunakan kod promo FLYGURUBITARA untuk dapat diskaun tiket kapal terbang Batik Air
Menurut Batik Air, promosi diskuan ini boleh ditebus menggunakan kod promo FLYGURUBITARA ketika membuat tempahan tiket kapal terbang.
Diskaun ini tersedia untuk semua destinasi namun hanya sah untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia sahaja.
Tawaran ini sah untuk tempahan yang dilakukan dari sekarang hingga 15 Jun 2026, untuk tempoh perjalanan sehingga 30 November 2026.
Cara untuk guru tebus diskaun Batik Air
Golongan pendidik hanya perlu memasukkan kod promo FLYGURUBITARA (rujuk foto di bawah) semasa proses tempahan penerbangan di laman web rasmi Batik Air bergantung pada terma dan syarat.
Langkah-langkah untuk tebus diskaun Batik Air:
- Masukkan kod promo FLYGURUBITARA semasa membuat carian penerbangan pada peringkat awal tempahan (Rujuk foto di bawah)
- Masukkan tarikh perjalanan dan destinasi pilihan anda, kemudian klik carian. Pastikan tarikh perjalanan anda berada dalam tempoh promosi (sekarang sehingga 30 November 2026)
- Teruskan dengan proses tempahan seperti biasa dan nikmati diskaun yang ditawarkan


Terma & Syarat
- Sah untuk penerbangan Batik Air Malaysia (OD) sahaja
- Tawaran ini hanya sah bagi penerbangan yang berlepas dari Malaysia
- Kod promo tidak boleh digabungkan dengan diskaun atau promosi lain
- Tertakluk kepada ketersediaan penerbangan dan tempat duduk
- Tidak terpakai untuk penumpang airport standby
- Permintaan pertukaran penerbangan atau tarikh berlepas perlu dibuat sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu penerbangan
- Penumpang akan dikenakan caj berdasarkan perubahan kadar tambang semasa pembelian dibuat
- Batik Air berhak mengubah atau menamatkan promosi serta syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal
- Tambang yang dipaparkan adalah harga permulaan (“daripada”). Harga sebenar mungkin berbeza bergantung kepada tarikh perjalanan dan musim tertentu seperti musim perayaan atau cuti sekolah
- Tempoh Blackout adalah terpakai (contohnya cuti sekolah dll)
- Semua tiket penerbangan yang dibeli tertakluk kepada Terma & Syarat Am Batik Air
Untuk maklumat lanjut layari laman Batik Air di[SINI]
Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata bahawa guru memainkan peranan penting bukan sahaja dalam membentuk generasi masa depan, tetapi juga dalam memperkukuh kemajuan dan kekuatan masyarakat.
“Dedikasi, bimbingan dan komitmen para guru memberi impak yang besar melangkaui bilik darjah, membentuk pemimpin, inovator dan pencetus perubahan masa depan,” katanya.
Beliau turut menambah bahawa inisiatif ini adalah tanda penghargaan ikhlas syarikat penerbangan terbabit kepada para pendidik di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut dan perancangan perjalanan seterusnya, pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih Batik Air atau layari www.batikair.com.
