Promosi Tahun Baharu Cina Volkswagen dilancar, tawar penjimatan sehingga RM18,888
herman
08/01/2024 - 11:54
KUALA LUMPUR 8 Jan - Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan promosi istimewa untuk pelbagai model sempena Tahun Baharu Cina yang bakal berlangsung sehingga 29 Februari ini.
Promosi ini juga menawarkan penjimatan sehingga RM18,888 yang merangkumi model Golf GTI, Tiguan Allspace dan Arteon R-Line.
Bukan itu sahaja, semua model kereta Volkswagen kini didatangkan dengan lima tahun penyelenggaraan percuma, lima tahun jaminan perbatuan tanpa had dan lima tahun bantuan di jalan raya.

Tempahan dan sesi uji pandu boleh dilakukan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara dan untuk maklumat lanjut, sila layari volkswagen.com.my dan media sosial Volkswagen.

Dalam kenyataan media VPCM itu, model Arteon R-Line (IQ.Drive) menawarkan penjimatan tertinggi dengan RM 18,888 diikuti penjimatan RM8,888 masing-masing bagi Tiguan Allspace R-Line (IQ.Drive) dan Tiguan Allspace Elegance (IQ.Drive).
Golf GTI (IQ.Drive) pula menawarkan penjimatan RM3,888 manakala penjimatan RM2,888 untuk Tiguan Allspace Life (IQ.Drive). - DagangNews.com


