Promosi ‘Tutup Kedai’, Parkson The Spring Kuching Adakan Clearance Sale Bermula 7 April Ini

4 Apr 2023 • 10:09 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bakal ditutup tidak lama lagi

Promosi ‘Tutup Kedai’, Parkson The Spring Kuching Adakan Clearance Sale Bermula 7 April Ini. Setelah 15 tahun beroperasi, Parkson di pusat membeli belah The Spring Kuching akan menghentikan operasinya bermula April tahun ini.

Menerusi perkongsian daripada Facebook, bermula 7 April ini pihak Parkson The Spring Kuching bakal mengadakan jualan penutupan kedai.

Clearance Sale ini akan berakhir pada 24 April ini. Jangan lepaskan peluang ini!

image is not available
Promosi ‘Tutup Kedai’, Parkson The Spring Kuching Adakan Clearance Sale Bermula 7 April Ini. Kredit: Facebook

Banyak pulak tu diskaun!

Difahamkan mereka menawarkan promosi kaw-kaw untuk pelbagai barangan daripada perkakas dapur sehingga ke pakaian.

image is not available

Jadi, buat anda yang tengah bercadang untuk membuat persiapan raya tu bolehlah singgah ke sini untuk mendapatkan barang-barang yang diidamkan!

image is not available

Jom serbu Parkson The Spring sekarang!

Tambahan, banyak diskaun ditawarkan. Sesuailah untuk anda yang ingin berjimat lebih-lebih lagi musim perayaan ni.

Jadi, rebutlah peluang ini untuk mendapatkan banyak tawaran yang menarik di Parkson The Spring, Kuching bermula 7 hingga 24 april ini!

Baca lagi artikel menarik: