Proses Bertukar Dari Peranti Android dan iOS Akan Dipermudahkan Lagi

TechnologyDigital
10 Dec 2025 • 4:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kami kenal ramai pengguna yang kerap bertukar-tukar peranti daripada Android ke iOS atau iOS ke Android. Ini berlaku kerana setiap sistem operasi mempunyai kekurangan dan kelebihan tersendiri. Tetapi jika anda perlu melakukan migrasi ke ekosistem berbeza, anda akan menyedari melakukannya adalah sedikit remeh walaupun dengan bantuan aplikasi seperti Android Switch yang dibangunkan Google dan Apple.

image is not available

9tor5Google semalam melaporkan Google dan Apple kini bekerjasama untuk memudahkan proses bertukar ke peranti antara Android dan iOS. Ciri pertukaran baharu ini sudahpun diberikan pada Android Canary pada peranti Pixel yang sedang diuji sebelum akan turut diberikan kepada iOS 26 developer beta dalam masa terdekat.

Antara penambahbaikan yang akan diberikan ialah sokongan pertukaran kerana peranti baru digunakan dan menambah sokongan jenis fail yang disokong. Bila versi akhir akan diberikan kepada semua pengguna Android dan iOS belum lagi diumumkan kerana ciri perlu diuji sepenuhnya terlebih dahulu.