“Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui”- Kongsi Foto Berkepala Botak Di Instagram, Peminat Titip Doa Untuk Kesembuhan Elyana

Entertainment
27 Jul 2025 • 2:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa penyanyi dan pelakon, Elyana menghidap penyakit kanser limfoma beberapa tahun lalu. Namun, pelakon yang popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu berkongsikan berita gembira sekitar dua tahun lalu bahwa dia telah bebas daripada kansert limfoma itu.

Terkini, Elyana menerusi Instagram telah berkongsikan foto dirinya berkepala botak.

image is not available

Menerusi kapsyen, Elyana meluahkan perasaannya.

Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita yang tahu. Bermatian-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita, “ tulisnya menerusi Instagram.

Dalam foto tersebut, dilihat Elyana seperti berada di pusat perubatan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Instagram Elyana menitipkan doa untuk kesembuhan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu ini.

image is not available

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article