Proses rakaman keterangan Rafizi bersambung Selasa

LocalPolitics
4 May 2026 • 8:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Proses rakaman keterangan Rafizi bersambung Selasa
Proses rakaman keterangan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli oleh SPRM akan disambung pada Selasa bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.

PUTRAJAYA – Proses rakaman keterangan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan disambung pada Selasa bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar berkata, kehadiran Rafizi adalah bagi memberikan kerjasama kepada SPRM.

"Beliau tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi tadi dan telah dilepaskan pada pukul 6.30 petang.

"Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari kedua esok pukul 10 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebelum itu, proses itu dilakukan bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.