Protes Indonesia makin panas! Zahid yakin Prabowo mampu kawal keadaan

LocalPolitics
30 Aug 2025 • 4:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan penuh terhadap kewibawaan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk menangani gelombang protes besar-besaran yang sedang melanda negara itu.

Beliau menegaskan Malaysia tidak berniat untuk mencampuri urusan dalaman mana-mana negara, namun sebagai rakan serantau dan Pengerusi ASEAN, Malaysia percaya kepimpinan Prabowo mampu mengembalikan kestabilan di Indonesia melalui rundingan dan diplomasi.

image is not available

Zahid yakin Prabowo mampu kawal keadaan

“Paling penting tidak ada masalah yang tidak boleh diatasi. Semuanya boleh dibawa ke meja perundingan… tidak perlu untuk tunjuk rasa atau demonstrasi dilakukan.
“Tidak berhajat untuk mencampuri urusan mana-mana negara apatah lagi negara jiran, saya merasakan presiden mudah didekati dan insya-ALLAH banyak perkara yang menjadi permasalahan kecil atau besar boleh dirunding dan ada jalan untuk beliau selesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Malaysia #QuranHour 2025 di Masjid Negara di sini pada Sabtu.

image is not available

image is not available

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menyeru ASEAN untuk terus memupuk dialog dan persefahaman sebagai asas kepada keamanan serantau yang berpanjangan.

Indonesia kini berdepan gelombang protes besar-besaran ekoran kematian seorang penunggang motosikal e-hailing yang digilis oleh kenderaan taktikal Briged Mobil (Brimob) polis ketika protes pada 28 Ogos lalu.

image is not available

Insiden berkenaan mencetuskan ketegangan politik domestik susulan bantahan rakyat terhadap elaun perumahan ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

Protes terus memuncak apabila sekurang-kurangnya tiga orang dilaporkan terbunuh dalam kebakaran yang dicetuskan penunjuk perasaan di sebuah bangunan majlis perbandaran di bandar Makassar, timur Indonesia, pada Sabtu.

Sumber: Sinar Harian (Nurhidayah Hairom)