Proton e.MAS 5 Bakal Ditawarkan Pada Harga Marhaen, Sasar Keluarga Muda

LocalCars
7 Apr 2025 • 1:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selepas kejayaan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Proton e.MAS 7, Proton Holdings Bhd (Proton) kini sedang giat merancang untuk memperkenalkan model EV kedua, e.MAS 5, yang disasarkan untuk kegunaan keluarga dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

EV Keluarga pada Harga Berpatutan

image is not available

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, pihak syarikat kini berada dalam fasa penyelidikan dan penilaian beberapa aspek penting bagi model e.MAS 5 termasuk dari segi kemampuan, kesesuaian untuk penggunaan harian serta jarak perjalanan.

“Sasaran kami adalah untuk menarik minat keluarga muda dan dalam masa yang sama menggalakkan penggunaan EV secara lebih meluas di Malaysia,” katanya kepada Berita Harian.

Jangkaan Spesifikasi: Berasaskan Model Geely

Walaupun tiada spesifikasi rasmi diumumkan, e.MAS 5 dijangka dibina berasaskan model Geely Xiangyuan (Star Wish) yang telah pun dilancarkan di China dan Thailand.

image is not available

Geely Star Wish atau Geome Xingyuan di China yang dipamerkan di Bangkok International Motor Show 2025 (BIMS 2025) baru-baru ini

Bagi varian asas, ia dijangka dilengkapi motor belakang dengan kuasa 79 hp dan tork 130 Nm, kelajuan maksimum 125 km/j. Varian ini akan dibekalkan dengan bateri LFP 30.12 kWj, yang dengan cas penuh mampu memberikan jarak perjalanan EV sehingga 310 km berdasarkan standard CLTC. Varian ini boleh menerima input pengecasan pantas sehingga 58 kW.

image is not available

image is not availableimage is not available

Kabin Geely Star Wish/Geome Xingyuan

Model terbaru ini turut dijangka akan didatangkan dalam versi jarak lebih jauh (extended-range) yang menawarkan motor lebih bertenaga, 116 hp dan tork 150 Nm, dengan kelajuan maksimum 135 km/j, serta bateri lebih besar 40.16 kWj yang mampu bergerak sejauh 410 km. Varian ini menyokong input pengecasan pantas sehingga 86 kW.

Pemasangan Di Tanjung Malim

image is not available

Model e.MAS 5 dan EV masa depan Proton akan dipasang di kilang baharu mereka di Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV), Tanjung Malim, Perak.

Fasa pembinaan pertama kilang bernilai RM82 juta itu telah bermula sejak Februari lalu dan dijangka siap menjelang hujung tahun. Kapasiti awal kilang itu adalah sebanyak 20,000 unit setahun.

image is not available

“Kilang ini merupakan satu pelaburan strategik. Ia akan menjadi pangkalan pengeluaran pelbagai model EV dan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dibina berasaskan platform Global Modular Architecture (GMA),” jelas Roslan.

Kapasiti Boleh Ditingkatkan Kepada 45,000 Unit Setahun

Proton turut merancang fasa kedua pembangunan kilang dengan kemungkinan meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 45,000 unit setahun, bergantung kepada permintaan tempatan dan eksport.

Fasa ketiga juga dalam pertimbangan, namun menurut Roslan, sebarang keputusan akan ditentukan berdasarkan perkembangan teknologi EV ketika itu.

e.MAS 7 Satu Permulaan

image is not available

Proton e.MAS 7

Roslan menegaskan bahawa kehadiran e.MAS 7 hanyalah langkah awal dalam pelan jangka panjang Proton untuk menjadi pemain utama dalam mobiliti lestari.

“e.MAS 7 hanyalah permulaan. Kami sedang bina asas kukuh untuk menyokong peralihan besar-besaran ke arah mobiliti hijau di rantau ini,” katanya.