Proton e.MAS 7 cas 10% lebih murah di pengecas terpilih

LocalTechnology
2 Dec 2024 • 2:57 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton New Energy Technology (PRO-NET) dan EV Connection (EVC) bersama-sama pada hari ini melancarkan "PRONET-EVC Condominium EV Charging Infrastructure Programme". Di bawah program ini, pihak pengendali JomCharge ini tawarkan untuk memasang pengecas EV di kondominium-kondominium secara percuma dan tawarkan pelaung untuk pihak kondominium menjana pendapatan.

image is not available

EVC pasang pengecas EV percuma di kondominium

Buat kondominium yang masih tidak mempunyai sebarang pengecas EV awam, mereka boleh hantar permohonan untuk dinilai pihak EVC dan PRO-NET. Untuk yang layak, EVC akan menanggung semua kos pemasangan termasuklah kerja-kerja intrastruktur, kos pematuhan, dan sistem kawal selia. Hanya dengan menyediakan lokasi, mereka pihak kondominium boleh menjana pendapatan bersama-sama EVC.

image is not available

EVC juga menawarkan kadar pengecasan yang kompetitif. Kadar purata untuk dalam pasaran untuk pengecas AC biasanya adalah RM1.00/kWh. Pengecas yang menyertai program ini dikenakan kadar RM0.70/kWh.

Proton e.MAS dan Smart nikmati diskaun 10%

Tahun 2025 bakal jadi tahun menarik buat bakal pembeli Proton e.MAS 7 dan pemilik Smart sedia ada. Penggua kedua-dua EV jenama ini bakal menikmati diskaun 10% keatas kadar pengecas di pengecas-pengecas ini. Jadi, berbanding RM0.70/kWh untuk pengguna EV berjenama lain, anda nikmati kadar RM0.63/kWh.

image is not available