Gentari dan Mastercard umum kerjasama, terminal bayar pengecas EV bakal menyusul?

LocalTechnology
29 Nov 2024 • 8:48 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Gentari telah mengumumkan kerjasama strategik dengan Mastercard. Ia bagi meneroka peluang baharu yang boleh diwujudkan dalam ekosistem EV oleh penyedia sistem pembayaran digital. Antara permintaan ramai pengguna EV adalah terimal pembayaran menggunakan kad debit/kredit di stesen-stesen pengecas EV.

image is not available

Dalam pengumuman itu terkandung maklumat tentang Mastercard sedang membangunkan solusi terminal pembayaran untuk pengecas EV di Eropah. Berdasarkan maklumat tersebut, tak mustahil yang Gentari juga sedang berkira-kira untuk menggunakan solusi yang sama pada stesen-stesen pengecas EV kelolaan mereka.

image is not available

Bayar pengecas EV di terminal kad debit/kredit sangat berguna

Salah satu perkara yang leceh tentang pengecas EV sekarang, majoritinya perlukan aplikasi terpasang di telefon untuk lakukan pembayaran. Bayangkan ada banyak jenama penyedia perkhidmatan pengecas, maka ada banyaklah juga aplikasi yang perlu dipasang.

image is not available

Bukan itu saja, sedang kadar penembusan EV semakin tinggi dalam kalangan pengguna, nanti mungkin terdapat pengguna yang tak begitu cekap gunakan teknologi. Jadi ia menyukarkan golongan ini mengugnakan EV secara efisien. Sasarannya adalah untuk jadi seperti stesen minyak yang kita tap sahaja kad pada terminal pendaftaran dan mula mengisi.

Di Malaysia buat masa ini, memang ada CPO yang menyediakan kaedah pembayaran di terminal. Solusi ini pertama kali diperkenalkan oleh DC Handal dan kini digunakan di beberapa CPO seperti EVlution, EV Power, JusEV, ChargEV, dan Shell Recharge.