Proton e.MAS 7 Kekal EV No. 1 Di Malaysia, Lebih 3,000 e.MAS 7 Terjual Dalam 5 Bulan

LocalCars
6 Jun 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena ulang tahun pertama jenama Proton e.MAS, PRO- NET mengumumkan bahawa e.MAS 7 terus menjadi model EV No.1 di Malaysia, apabila 3,632 unit terjual setakat 31 Mei lalu.

Jumlah itu membabitkan 3,399 unit terjual dalam negara manakala 233 unit telah telah dieksport.

image is not availableimage is not available

Pencapaian ini dicapai hanya dalam tempoh lima bulan sejak penghantaran bermula pada Januari 2025, menjadikan e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik yang paling pantas terjual di Malaysia.

Ketua Pegawai PRO-NET, Zhang Qiang mengakui sambutan hebat daripada rakyat Malaysia cukup memberangsangkan.

"Ia membuktikan bahawa strategi kami berada di landasan yang betul, mengukuhkan keyakinan terhadap jenama Proton e.MAS, dan mengesahkan nilai pelaburan dalam inovasi tempatan.

“Kami amat berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyokong Proton e.MAS sejak hari pertama. Sokongan, kepercayaan, dan keyakinan anda terhadap visi kami telah menjadikan perjalanan ini satu kenyataan," katanya.

image is not available

Bagi memastikan pelanggan EV di seluruh negara mendapat sokongan terbaik, Proton e.MAS kini mempunyai 44 bilik pameran, dengan 32 sudah beroperasi.

Selain itu, perkhidmatan selepas jualan juga sedang berkembang dengan pembukaan enam pusat 3S baru tidak lama lagi, menambah kepada 24 pusat 3S yang sedia ada yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap dan memuaskan hati pelanggan.

Sementara itu, pembinaan fasiliti pengeluaran khusus Proton e.MAS di Tanjung Malim sedang giat dijalankan.

Pembekal tempatan sedang dikenal pasti untuk menyokong pengilangan komponen, sekali gus mengukuhkan komitmen Proton terhadap pembangunan industri tempatan.

Di sebalik itu, PRO-NET terus komited sepenuhnya terhadap Pelan Peralihan Tenaga Negara bagi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050. P