Program ‘The Real e.MAS’ Buat Hati Terpikat Dengan Kenderaan Elektrik (EV)

LocalCars
21 May 2025 • 8:23 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Sempena Hari Ibu baru-baru ini, PRO-NET menganjurkan sebuah program gaya hidup eksklusif untuk menyerlahkan bagaimana Proton e.MAS 7 menjadi sebahagian daripada kehidupan wanita moden. 

Bertemakan The Real e.MAS Drive, program ini bukan sekadar meraikan kehebatan sebuah kenderaan elektrik tetapi juga menghargai barisan wanita hebat yang menjadi sumber inspirasi, terdiri daripada para ibu, wanita bekerjaya hinggalah kepada wira harian yang menjalani hidup dengan penuh ketabahan.  

image is not available

Program yang disertai oleh wakil media dan pempengaruh itu bukan sahaja dipenuhi dengan aktiviti memandu bersama kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia (selama empat bulan berturut-turut), tetapi ia juga diisi dengan sesi pilates untuk  gaya hidup sihat.

“Kami bukan sekadar mempamerkan kereta, tetapi ingin memberikan keyakinan kepada wanita dengan sebuah kenderaan mengikut kesesuaian dengan gaya hidup mereka yang sibuk dan penuh cabaran,” ulas Ketua Pegawai Jenama PRO-NET, Salawati Mohd Yusoff.

image is not available
Salawati Mohd Yusoff

“Dengan ciri keselamatan yang hebat, pengecasan cepat, dan reka bentuk yang mesra keluarga, e.MAS 7 adalah pilihan tepat untuk wanita moden sama ada sedang bekerja atau luangkan masa berkualiti bersama keluarga,” tambah Salawati.  

Terpesona Dengan Kehebatan e.MAS 7, Inovasi Sempurna Untuk Wanita Moden

Dibina dengan fokus utama pada keselamatan, e.MAS 7 dilengkapi dengan Level 2 ADAS dan mendapat penarafan keselamatan limq bintang ANCAP, memberikan ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang. 

Selain itu, ia juga antara yang terbaik dalam kelasnya dari segi keselamatan untuk penumpang kanak-kanak dan orang dewasa.  

image is not available

Dibina dengan memahami keperluan sebenar dalam kehidupan seharian, e.MAS 7 hadir dengan reka bentuk mesra keluarga dan kemudahan pengecasan pantas yang sangat praktikal. 

Ia sesuai untuk wanita profesional, ibu-ibu, dan wanita yang berdikari. Ruang dalamannya sangat luas, antara yang paling luas dalam kelasnya, tidak lupa juga jarak roda sepanjang 2,750mm dan lantai yang rata ini memberikan ruang kaki, ruang kepala, dan ruang muatan yang lebih selesa dan fleksibel. 

Selain itu, dengan 33 ruang penyimpanan, e.MAS 7 menawarkan cara penyimpanan yang paling teratur dalam segment kenderaan elektrik.  

image is not available

Dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terbukti dan teknologi yang memudahkan urusan harian, e.MAS 7 membantu wanita untuk mengimbangkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi tanpa perlu berkorban apa-apa. 

Dengan harga permulaan RM105,800, e.MAS 7 membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati mobiliti canggih dan mesra alam sekaligus memberi kekuatan dan inspirasi kepada wanita dalam setiap langkah perjalanan mereka.  

Program Sehari Yang Menyeronokkan

Pada program tersebut, wakil pihak media dan pempengaruh berkumpul di PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam seawal jam 9 pagi untuk sesi taklimat produk yang menerangkan kelebihan utama dan kemampuan e.MAS 7.

image is not available

Ini diikuti dengan taklimat keselamatan sebelum konvoi dilepaskan untuk pemanduan santai menuju destinasi ke Tiarasa Escapes,Janda Baik. 

Sepanjang perjalanan, setiap peserta boleh menguji keupayaan kenderaan, menikmati ruang dalaman e.MAS 7 yang luas dan selesa serta mengagumi teknologi moden dan ciri keselamatan yang canggih pada kenderaan ini.  

Setibanya di Tiarasa Escapes, peserta berpeluang melihat demonstrasi menarik Vehicle-to-Load (V2L), di mana e.MAS 7 digunakan untuk membekalkan tenaga kepada Vitality Juice Bar, menunjukkan betapa serbagunanya kenderaan ini dan sesuai untuk gaya hidup aktif. 

image is not available

Ciri V2L membolehkan kenderaan ini menyokong pelbagai peralatan elektrik seperti pemanggang elektrik, lampu mudah alih dan kipas penyejuk, menjadikannya teman sempurna untuk percutian keluarga hujung minggu atau pengembaraan luar.  

Tidak ketinggalan, sesi meregangkan tubuh badan dalam satu sesi pilates yang dikendalikan oleh The Flow Studio.

Dalam perjalanan pulang, konvoi e.MAS 7 singgah sebentar di Bamboo Hills untuk sesi demonstrasi pengecas laju DC Handal. Peserta melihat sendiri kehebatan pengecasan pantas DC yang terbaik dalam kelasnya, di mana bateri boleh dicas dari 30 hingga 80 peratus dalam masa hanya 20 minit. 

image is not available

Malah, dengan pengecasan selama 10 minit, jarak pemanduan boleh ditambah sehingga 135 km, menjadikan pengisian semula yang cepat semasa berhenti rehat sangat mudah dan praktikal.  

Pemandu e.MAS 7 tidak perlu risau tentang kebimbangan jarak perjalanan kerana akses ke stesen pengecasan sangat mudah melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang memaparkan semua Operator Stesen Pengecasan. 

Dengan peta integrasi ini yang boleh diakses melalui Aplikasi Proton e.MAS, anda boleh mencari, mendapatkan arah, dan membuat bayaran pengecasan semuanya dalam satu platform.  

Untuk maklumat lanjut tentang Proton e.MAS 7 Prime, sila layari laman web Proton e.MAS atau ikuti mereka di TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial). - Getaran, 21 Mei 2025