Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

LocalCars
28 Jul 2026 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Proton e.MAS Kukuh Takhta xEV No. 1, Jualan Tembus 20,000 Unit Dalam 7 Bulan

20K-WEBSITE.png

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON,melakar sejarah baharu apabila  Proton e.MAS telah mencatat satu lagi pencapaian penting apabila melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan pertama tahun 2026.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama xEV No. 1 di Malaysia. 

Bagi separuh pertama tahun 2026, Proton e.MAS menguasai 42.6% bahagian pasaran kenderaan elektrik (EV) serta 41.8% bahagian pasaran xEV di Malaysia, mencerminkan kepimpinannya dalam memacu pertumbuhan segmen kenderaan berelektrifikasi di negara ini.

Pencapaian ini mencerminkan sambutan positif terhadap keseluruhan portfolio Proton e.MAS. Proton e.MAS 7 kekal sebagai model terlaris jenama ini, menyumbang 15.8% daripada jumlah keseluruhan jualan, manakala Proton e.MAS 5 mencatat sumbangan terbesar sebanyak 60.9% apabila semakin ramai rakyat Malaysia menerima mobiliti elektrik yang lebih mampu milik.

image.pngimage.png

Sebagai model terkini dalam portfolio Proton e.MAS, Proton e.MAS 7 PHEV turut menerima sambutan menggalakkan dengan menyumbang 23.3% daripada jumlah keseluruhan jualan. Sambutan ini menunjukkan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik yang menawarkan kelebihan pemanduan elektrik serta keupayaan perjalanan jarak jauh.

Di sebalik pencapaian ini, kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan lebih 20,000 rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS serta visi jenama ini untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih praktikal, mudah diakses dan relevan dalam kehidupan seharian.

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET., Zhang Qiang berkata, setiap pencapaian bermula dengan satu kepercayaan daripada pelanggan kami.

image.png

"Kejayaan Proton e.MAS melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan tidak akan tercapai tanpa keyakinan, sokongan dan kepercayaan berterusan daripada rakyat Malaysia yang telah memilih Proton e.MAS.

"Pencapaian ini adalah kejayaan bersama, dan kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam menjadikan Proton e.MAS sebahagian daripada kehidupan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved