Proton e.MAS Jenama xEV Paling Laku Keras, Capai Lebih 20,000 Jualan dalam Tempoh Kurang 7 Bulan

LocalCars
28 Jul 2026 • 6:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, pada Isnin (27 Julai) mengumumkan Proton e.MAS telah mencatat satu lagi pencapaian penting apabila melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan pertama tahun 2026.

Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama xEV No. 1 di Malaysia.

Bagi separuh pertama tahun (H1) 2026, Proton e.MAS menguasai 42.6% bahagian pasaran kenderaan elektrik (EV) serta 41.8% bahagian pasaran xEV di Malaysia, mencerminkan kepimpinannya dalam memacu pertumbuhan segmen kenderaan berelektrifikasi di negara ini.

Image from: Proton e.MAS Jenama xEV Paling Laku Keras, Capai Lebih 20,000 Jualan dalam Tempoh Kurang 7 Bulan

Pencapaian ini mencerminkan sambutan positif terhadap keseluruhan portfolio Proton e.MAS. Proton e.MAS 7 kekal sebagai model terlaris jenama ini, menyumbang 15.8% daripada jumlah keseluruhan jualan, manakala Proton e.MAS 5 mencatat sumbangan terbesar sebanyak 60.9% apabila semakin ramai rakyat Malaysia menerima mobiliti elektrik yang lebih mampu milik.

Sebagai model terkini dalam portfolio Proton e.MAS, Proton e.MAS 7 PHEV turut menerima sambutan menggalakkan dengan menyumbang 23.3% daripada jumlah keseluruhan jualan. Sambutan ini menunjukkan peningkatan minat rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik yang menawarkan kelebihan pemanduan elektrik serta keupayaan perjalanan jarak jauh.

Di sebalik pencapaian ini, kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan lebih 20,000 rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS serta visi jenama ini untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih praktikal, mudah diakses dan relevan dalam kehidupan seharian.

“Setiap pencapaian bermula dengan satu kepercayaan daripada pelanggan kami. Kejayaan Proton e.MAS melepasi 20,000 jualan kenderaan dalam tempoh kurang tujuh bulan tidak akan tercapai tanpa keyakinan, sokongan dan kepercayaan berterusan daripada rakyat Malaysia yang telah memilih Proton e.MAS. Bagi pihak seluruh warga PRO-NET, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap pelanggan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Pencapaian ini adalah kejayaan bersama, dan kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dalam menjadikan Proton e.MAS sebahagian daripada kehidupan mereka,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Memacu Aspirasi Negara Malaysia

Sebagai jenama automotif nasional Malaysia, PROTON kekal komited dalam menyokong aspirasi Kerajaan untuk mempercepatkan penggunaan mobiliti rendah karbon serta mengurangkan pelepasan karbon daripada sektor pengangkutan.

Melalui Proton e.MAS, syarikat terus memainkan peranan dalam merealisasikan aspirasi yang digariskan menerusi Pelan Induk Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dengan memperluaskan akses kepada mobiliti elektrik, di samping membangunkan ekosistem yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan penggunaan EV secara lestari dalam jangka panjang.

Portfolio Yang Pelbagai Dalam Memenuhi Pilihan Pelanggan

Momentum pertumbuhan Proton e.MAS terus diperkukuhkan menerusi rangkaian kenderaan berelektrifikasi yang semakin luas, menawarkan pilihan yang memenuhi pelbagai keperluan mobiliti rakyat Malaysia.

Proton e.MAS 5 telah memperluaskan akses kepada mobiliti elektrik untuk lebih ramai rakyat Malaysia, memenuhi keperluan pelanggan pada pelbagai peringkat perjalanan pemilikan kenderaan. Proton e.MAS 7 terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang menginginkan SUV elektrik sepenuhnya dengan teknologi terkini, manakala Proton e.MAS 7 PHEV melengkapkan portfolio ini dengan menawarkan kecekapan bahan api tinggi serta fleksibiliti pemanduan elektrik untuk perjalanan lebih jauh.

Selain menawarkan rangkaian produk yang semakin berkembang, Proton e.MAS terus memperkukuhkan pengalaman pemilikan pelanggan menerusi peluasan rangkaian pengedar dan pusat servis, peningkatan sokongan pelanggan serta kerjasama bersama rakan pengecasan bagi menyediakan akses yang lebih meluas dan kemudahan yang lebih baik di seluruh negara.

Langkah Seterusnya Dalam Perjalanan Mobiliti Elektrik

Dengan sokongan dan kepercayaan yang terus diberikan oleh rakyat Malaysia, PRO-NET akan meneruskan usaha memperkembangkan rangkaian produk Proton e.MAS, mempertingkatkan pengalaman pemilikan serta membina ekosistem yang lebih menyeluruh bagi menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh semua.

PRO-NET akan terus komited dalam menawarkan kenderaan yang inovatif, pengalaman pemilikan yang lebih bermakna serta ekosistem mobiliti tenaga baharu yang menyeluruh, sejajar dengan agenda kelestarian Kerajaan dan usaha berterusan untuk mengekalkan kepercayaan rakyat Malaysia.

Layari laman web rasmi Proton e.MAS dan ikuti saluran media sosial rasmi kami di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial) dan Instagram (@protonemasofficial) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian model Proton e.MAS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved