Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

LocalCars
12 Nov 2026 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

image.png

PRO-NET mencatat sejarah penting apabila jenama kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS merekodkan jumlah jualan domestik dan eksport sebanyak 35,730 unit bagi tempoh Januari hingga Oktober 2026, sekali gus menguasai 47.3% pegangan pasaran kenderaan elektrik bateri (BEV) tempatan.

Lonjakan Prestasi Luar Biasa Berbanding 2025

Pencapaian memberangsangkan ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah keseluruhan 9,549 unit yang dicatatkan sepanjang tahun 2025.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 34,629 unit diserap pasaran domestik manakala pasaran eksport menyumbang 1,101 unit, iaitu lonjakan kira-kira 67% berbanding tahun sebelumnya.

Proton e.MAS 5 & e.MAS 7 Terus Tunjangi Jualanimage.png

Model mampu milik Proton e.MAS 5 kekal sebagai penyumbang terbesar dengan rekod jualan sebanyak 22,589 unit dalam tempoh 10  bulan pertama tahun ini.

Dalam pada itu, model Proton e.MAS 7 PHEV mencatatkan 6,957 unit manakala Proton e.MAS 7 versi elektrik sepenuhnya menyumbang 5,083 unit. Ini membuktikan strategi pelbagai pilihan teknologi PRO-NET berjaya memikat hati pengguna tempatan.

Komitmen Kukuh Perkukuh Ekosistem EV Negara

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, Pencapaian jualan melebihi 35,000 unit dalam tempoh sepuluh bulan pertama 2026 merupakan satu kejayaan penting buat Proton e.MAS, turut kami kongsikan bersama seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan memberikan kepercayaan kepada jenama kami.

"Kami amat menghargai keyakinan yang diberikan oleh para pelanggan terhadap produk kami serta sokongan Berterusan yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jenama ini,” katanya.

Seiring peningkatan jumlah pelanggan, PRO-NET komited memperluas ekosistem pengecasan, mempertingkat mutu perkhidmatan selepas jualan, serta memastikan pengalaman pemilikan kereta elektrik Malaysia berada pada tahap optimum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved