Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut

LocalCars
31 Jul 2026 • 3:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut

Proton secara rasmi mengumumkan bahawa semua model eMAS 7 PHEV kini dipasang secara tempatan (CKD) di kilang NEV Proton, Tanjong Malim, Perak. Langkah ini menandakan satu pencapaian penting bagi industri automotif Malaysia, khususnya dalam segmen kenderaan elektrik dan hibrid. Pemasangan CKD ini membuktikan Proton telah mencapai tahap kematangan industri automotif, di mana teknologi EV/PHEV tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada import. Sebaliknya, komponen utama kini turut dihasilkan di Malaysia sekali gus mengukuhkan ekosistem automotif tempatan.

Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut

Model CKD Proton eMAS 7 PHEV 2026 ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Prime, Premium dan Premium Plus. Perbezaan utama berbanding model import sepenuhnya (CBU) ialah varian Premium dan Premium Plus hadir dengan kerusi urut di bahagian hadapan untuk pemandu serta penumpang kiri. Ciri tambahan ini memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mewah dan meningkatkan tahap keselesaan pengguna. Dari sudut teknikal dan rekaan, Proton mengekalkan identiti asal model ini tanpa perubahan besar. Lampu hadapan masih memperlihatkan rekaan moden bergaya futuristik manakala bentuk badan terus mengekalkan imej premium yang menjadi daya tarikan utama sejak versi asal diperkenalkan.

Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut
Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut

SUV hibrid ini dipadankan dengan enjin petrol 1.5 liter NA (BHE15) yang menghasilkan 99 PS dan 125 Nm tork. Enjin tersebut digabungkan dengan transmisi hibrid Dedicated Hybrid Transmission (DHT) ‘11-in-1’ yang kini dihasilkan di kilang Proton AHTV. Motor elektrik pula menambah kuasa sebanyak 218 PS dan 262 Nm untuk memberikan jumlah keseluruhan 262 hp serta 262 Nm. Dari aspek prestasi Proton eMAS 7 PHEV CKD mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam sekitar 8 saat dengan kelajuan maksimum 170 km/j. Jarak perjalanan pula boleh mencapai antara 943 km hingga melebihi 1,000 km apabila bateri dan tangki minyak penuh. Keupayaan ini menjadikannya sesuai untuk perjalanan jarak jauh tanpa kebimbangan tentang jarak gerak.

Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut
Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut
Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut
Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut
Image from: Proton eMas 7 PHEV CKD 2026  Diperkenalkan – Kini Dengan Tambahan Fungsi Kerusi Urut

Pada asasnya model CKD ini masih mengekalkan DNA asal eMAS 7 PHEV dengan satu tambahan ciri mewah pada varian Premium dan Premium Plus iaitu kerusi urut di bahagian hadapan untuk pemandu dan penumpang kiri. Harga Proton eMAS 7 PHEV CKD juga kekal sama seperti sebelum ini dan pembeli tidak perlu bimbang tentang sebarang kenaikan kos walaupun model ini kini dipasang secara tempatan. SUV hibrid plug-in ini ditawarkan bermula harga RM109,800 untuk varian Prime, RM123,800 untuk varian Premium dan RM129,800 untuk varian Premium Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved