Proton hantar 261 unit model SUV ke Trinidad dan Tobago, melebihi sasaran volum sebanyak 101%

LocalCars
23 Aug 2024 • 1:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Proton hantar 261 unit model SUV ke Trinidad dan Tobago, melebihi sasaran volum sebanyak 101%

syaza

23/08/2024 - 13:14

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Proton menghantar 261 unit model SUV ke Trinidad dan Tobago melalui kerjasamanya dengan pengedar sah automotif demografi itu, ANSA Motors Limited.

Menurut Proton, penghantaran terbaharu itu merangkumi 101% daripada sasaran volumnya dengan jumlah keseluruhan kenderaan yang dihantar ke sana sebanyak 366 unit sejak separuh kedua tahun kalendar 2023 (CY2023).

Pelancaran Proton X90 dan Proton X50 di kepulauan Caribbean tersebut pada Mac 2024 telah menarik minat tempatan dan menerusi ANSA Motors, permintaan tempatan meningkatkan sasaran jualan mereka kepada 300 unit pada tahun 2024.

"Kami memilih Ansar Motors sebagai pengedar tempatan berdasarkan rekod yang mengagumkan dan latar belakang automotif yang kukuh.

"Sebaliknya, model Proton dipilih atas kualiti, prestasinya di Malaysia dan kesesuaian ciri-ciri geografi dan demografi," ujar Proton dalam kenyataan hari ini.

image is not available
Unit Proton dipamerkan di Trinidad dan Tobago

Menurut Proton, walaupun dengan populasi hanya 1.5 juta, perkembangan industri automotif Trinidad dan Tobago sejajar dengan negara-negara maju, dengan pembeli kereta semakin cenderung kepada ciri-ciri hibrid dan kenderaan elektrik (EV).

"Dengan peningkatan pendapatan per kapita kedua-dua negara itu yang semakin meningkat, ia mendorong mereka membeli kenderaan mewah sperti Proton sebagai pilihan," ulas Proton.

Di samping itu, Ketua Perniagaan Serantau ANSA Motors, Jerome Borde berkata, teknologi dan penetapan harga kenderaan Proton merupakan kekuatan yang dapat syarikat itu manfaatkan.

Menurut pandangan ANSA Motors, pasaran automotif di Trinidad dan Tobago perlahan-lahan mula menerima kenderaan elektrik (EV) dengan hibrid menjadi daya tarikan utama untuk pertumbuhan dalam jangka pendek.

Katanya, perubahan tersebut akan menjadi eksponen apabila unit-unit menjadi lebih mampu milik dengan lebih banyak pilihan memasuki pasaran.

Sejak pelancarannya, Proton telah mengeksport sebanyak 6,501 kenderaan siri X ke 18 negara lain, termasuk Trinidad dan Tobago, Brunei, Mesir, Nepal dan Ghana.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar Roslan Abdullah berkata rangkaian eksport mendorong Proton mencapai kejayaan yang berkekalan dalam pasaran automotif di luar negara serta mencipta peluang ekosistem tempatan melalui peningkatan volum pengeluaran.- DagangNews.com