Proton Lancar Proton Capital – Syarikat Khusus Memfokuskan Pembiayaan Pembelian Kereta Proton Baharu

Business & FinanceCars
22 Sep 2026 • 11:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Proton kini memperluaskan lagi penawaran syarikat mereka dengan fokus terhadap kewangan, melalui Proton Capital. Melaluinya, syarikat baharu ini akan memfokuskan kepada pembiayaan automotif baharu, sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pelanggan yang ingin membeli kereta.

Image from: Proton Lancar Proton Capital – Syarikat Khusus Memfokuskan Pembiayaan Pembelian Kereta Proton Baharu

Proton Capital akan tersedia melalui rangkaian pengedar Proton yang mengambil bahagian, sekaligus turut memberikan pengalaman pembiayaan yang lebih bersepadu kepada pelanggan. Untuk peringkat awal ini, perkhidmatan Proton Capital ini hanya tersedia kepada pembelian kenderaan Proton baharu di sekitar Lembah Klang sahaja, dan dijangka diperluaskan ke lokasi lain tidak lama lagi. Pembiayaan juga terhad kepada pelanggan individu sahaja.

Image from: Proton Lancar Proton Capital – Syarikat Khusus Memfokuskan Pembiayaan Pembelian Kereta Proton Baharu

Buat masa ini, Proton Capital menawarkan pembiayaan dalam bentuk konvensional, dan dijangka memperluaskan penawaran meliputi patuh syariah menjelang November kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved