Proton e.MAS 7 telah mula menelusuri jalan raya sejak beberapa minggu yang lalu dan bagi memperhebat industri kenderaan elektrik di Malaysia, hari ini Proton mengumumkan pembangunan kilang pemasangan EV pertama di Malaysia di Tanjung Malim.

Dengan adanya kilang ini, Proton mensasarkan untuk berupaya mengeluarkan sebanyak 20,000 unit kereta elektrik setiap tahun dan fasa pertama kilang ini disasarkan siap pada akhir 2025. Selepas itu, fasa kedua kilang ini akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran kereta elektrik kepada 45,000 unit setahun dan kereta yang dipasang di kilang ini akan dijual di Malaysia dan juga pasaran luar negara.

Pembangunan kilang ini juga merupakan salah satu titik penting untuk pembangunan Lembah Berteknologi Tinggi Automotif (AHTV) di tanjung Malim yang akan memperhebat Dasar Automotif Nasional. Kilang ini juga disaarkan akan memasang kereta elektrik proton yang seterusnya, berkemungkinan e.MAS 3 dan e.MAS 5.
Dengan kilang baharu ini juga Proton menjangka akan mewujudkan lebih 200 pekerjaan baharu dalam industri EV, serta pembangunan vendor automotif tempatan yang lain apabila mereka membekalkan komponen kereta elektrik.

