Proton S70: 5 perkara yang perlu anda tahu tentang pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla ini

Cars
20 Nov 2023 • 11:18 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Proton S70 adalah kereta baharu yang bakal dilancarkan oleh jenama pengeluar kereta nasional kita tak lama lagi. Harganya masih belum ada namun ia katanya sangat kompetetif, anda boleh bayangkan harga sebuah Segmen B boleh dapatkan anda kereta bersaiz Segmen C.

image is not available
Proton S70

Mendekati hari pelancaran, semakin banyak maklumat berkaitannya dikongsikan. Malah kami telah dijemput untuk memandu uji kereta ini secara ringkas di atas litar ujian Proton Center of Excellence Shah Alam baru-baru ini.

image is not available
Proton S70

Sementara menunggu harga dan bilakah ia akan dijual, berikut adalah 5 perkara yang perlu anda tahu tentang Proton S70.

image is not available
Proton S70

1. Proton S70: Geely Emgrand yang dinusantarakan

Ramai sedia maklum yang Proton S70 dibangun berasaskan Geely Emgrand. Sungguhpun begitu, Proton tidaklah mengambilnya bulat-bulat. Jurutera-jurutera Proton masih perlu melakukan pengubahsuaian bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan, bermula dengan rekaan fizikalnya sendiri.

image is not available
Proton S70

Paling ketara adalah pada jeriji pelindung radiator yang menggunakan rekaan batik "Infinite Weave", sama seperti model-model Proton sedia ada.

Pada segi saiz, ia didapati lebih lebar daripada Proton Persona, Honda Civic, Toyota Corolla, Honda City, dan Toyota Vios.

image is not available

Kemudian, jarak tayarnya adalah lebih panjang berbanding Persona dan dua segmen B popular Honda dan Toyota.

2. Proton S70: Enjin 1.5L turbo dengan sistem DCT

Lagi bahagian yang menerima talaan jurutera tempatan adalah enjin dan transmisi. Proton memaklumkan yang Proton S70 telahpun diuji selama 75,000 jam dan menempuhi perjalanan sejauh 1.2 juta kilometer untuk disuaikan dengan keadaan jalan dalam negara.

image is not available
Proton S70

Proton X70 ditunjangi enjin 1.5L turbo yang dipadankan dengan sistem DCT 7 kelajuan. Gandingan ini membuahkan 150Ps dengan tork setinggi 226Nm. Sebagai perbandingan, Geely Emgrand yang dijual di China diperkasa enjin 1.5L alami dengan 114Ps dan 147Nm tork.

image is not available
Proton S70

Walaupun Proton meletakkan S70 dalam segmen C, kereta ini di negara asalnya adalah dalam segmen B. Malahan, asas senibinanya juga dinamakan B-segment Modular Architecture (BMA) dan platform yang sama turut digunakan pada Proton X50.

image is not available
Proton S70

3. Proton S70: 4 varian ditawarkan daripada Executive hingga Flagship X

Proton X70 ditawarkan dalam 4 varian iaitu:

  • Proton S70 1.5T Executive
  • Proton S70 1.5T Premium
  • Proton S70 1.5T Flagship
  • Proton S70 1.5T Flagship X

Yang bagusnya, sistem janakuasa dan transmisi kekal sama merentasi varian.

image is not available
Proton S70

Varian paling asas menerima kelengkapan seperti beg udara SRS, sistem lane change assist, brek parkir elektric, roda 15", kerusi fabrik, dan sistem inforia 8". Bila anda naik ke varian Premium, anda dapat lampu depan LED, lampu belakang hujung ke hujung, kerusi kulit sintetik, dan kamera undur.

Flagship dan Flaghip X adalah varian paling premium dengan Flagship X cuma lebih pada sunroof. Varian Flagship ada kelebihan berbanding Premium daripada segi kehadiran ADAS, sistem pemantau tekanan tayar, roda 17", speedometer LCD 10.3", kerusi pemandu berkuasa elektrik, sistem inforia 12.3", kemudahan pengecasan wayarles, dan kamera 360 darjah.

4. Proton S70: Advanced Driver Assistance System

Proton S70 dilengkapi sejumlah ciri bantu pandu dan ia mirip dengan apa yang ditawarkan Proton X90.

image is not available
Proton S70

Anda terima ciri seperti:

  1. Autonomous Emergency Braking
  2. Forward Collision Warning
  3. Adaptive Cruise Control with Stop & Go
  4. Intelligent Cruise Control
  5. Lane Departure Warning
  6. Lane Departure Prevention
  7. Lance Centering Control
  8. Traffic Sign Information
  9. Intelligent High Beam Control
  10. Lane Change Assist
  11. Door Opening Warning
  12. Rear Collision Warning
  13. Rear Cross Traffic Alert

Proton S70 tidak mempunyai ciri Automatic Parking Assist seperti yang dinikmati Proton X90.

5. Proton S70: 5 port USB, pengecasan wayarles, dan sistem inforia

Di bahagian kabin, kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah cukup sama ada untuk penumpang depan ataupun penumpang belakang.

image is not available

Sejumlah 5 port USB disediakan. 2 port untuk kegunaan penumpang depan dan 1 port di bahagian cermin depan untuk dashcam. Ada pad pengecas wayarles disediakan untuk pengecasan bebas kabel.

image is not available
Proton S70

Penumpang belakang boleh memanfaatkan 2 port USB, satu Type-A dan satu lagi Type-C.

Sistem inforia untuk varian Flagship dan Flagship X adalah bersaiz 12.3" LCD beresolusi 720p. Ia menjalankan sistem operasi Atlas OS dan aplikasi-aplikasi penstriman terkenal boleh dimuat turun melalui gedung dalam talian yang disediakan untuk anda isi storan dalaman 64GB dan RAM 8GB.

image is not available
Proton S70

Sistem navigasi juga disediakan terus ke papan pemuka namun ia bukanlah Waze ataupun Google. Lagi yang kurang menarik adalah ia masih tidak menyokong Android Auto dan juga Apple CarPlay.

image is not available
Proton S70

image is not available
Proton S70