PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800

LocalCars
5 Oct 2026 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800

2026-PROTON-S70-iGT-1.5.jpg

PROTON secara rasmi memperkenalkan 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 ke pasaran Sabah menerusi pameran khas yang diadakan di City Mall, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Model sedan terbaharu ini membawakan pelbagai ciri moden khusus untuk pengguna di Malaysia Timur pada harga bermula dari RM58,800.

Pelancaran ini menandakan langkah strategik PROTON dalam memperkukuh kedudukan mereka di rantau ini. Ia susulan pengenalan rasminya di Semenanjung Malaysia pada 22 September lalu.

Lonjakan Pasaran dan Sokongan Komuniti di Sabah2026-PROTON-S70-iGT-1.5_GROUP-PHOTO-1.jpg

Sabah terus membuktikan kepentingannya sebagai pasaran utama untuk jenama PROTON. Sejak tahun 2018, jumlah jualan di negeri ini melonjak sebanyak 206.4% iaitu daripada 3,427 unit kepada 10,499 unit pada tahun 2026.

Bahagian pasaran turut mencatatkan kenaikan memberangsangkan daripada 5% kepada 10%. Pertumbuhan ini didorong oleh keyakinan tinggi masyarakat tempatan terhadap kualiti kenderaan nasional.

“Sabah terus menjadi pasaran penting bagi PROTON, dan kami berbesar hati untuk membawa 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 lebih dekat kepada komuniti Sabah. Seiring dengan pertumbuhan jumlah pelanggan, kami turut memperkukuh rangkaian, tenaga kerja dan keupayaan selepas jualan yang menyokong pengalaman pemilikan pelanggan.

“Pengenalan ini memberi peluang kepada pelanggan di Sabah untuk merasai sendiri 2026 PROTON S70 i-GT 1.5, selain  mengukuhkan komitmen PROTON untuk terus mendekati komuniti yang kami berikan perkhidmatan,” kata Datuk Abdul Rashid Musa, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

Infrastruktur Selepas Jualan Lebih Mantap

Bagi memastikan kepuasan pelanggan terjamin, PROTON kini melengkapkan Sabah dengan 12 pusat servis sah. Rangkaian ini disokong oleh tenaga kerja mahir serta alat ganti tulen.

Keberadaan PROTON Regional Parts Centre di Inanam , Kota Kinabalu turut membantu mengurangkan tempoh menunggu alat ganti sehingga 30%. Ini memberikan ketenangan minda kepada setiap pemilik kenderaan.

Spesifikasi dan Ciri Keselamatan Terunggul

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 hadir dalam dua varian iaitu Lite dan Prime. Model ini digerakkan oleh enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter yang dipadankan bersama transmisi CVT dan torque converter.

Antara tarikan utama termasuklah ruang kabin terluas dalam kelasnya serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Aspek keselamatan juga dipertingkatkan menerusi sistem Rear Side Radar dan pelbagai fungsi amaran pintar.

2026 PROTON S70 i-GT 1.5 menawarkan 10 ciri terunggul dalam kelasnya merangkumi aspek ruang dan keselesaan, kemudahan dan ketersambungan, serta keselamatan.

Kedua-dua varian Lite dan Prime turut dilengkapi panel instrumen kemasan lembut yang luas sebagai kelengkapan standard.

Dari segi kemudahan dan ketersambungan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Electric Parking Brake dengan Auto Brake Hold, Key Remote Engine Start serta fungsi Auto Up/Down dengan Anti-Trap untuk semua tingkap.

Bagaimanapun, sambungan Apple CarPlay© dan Android AutoTM tanpa wayar juga tersedia untuk kedua-dua varian mulai Oktober 2026.

Bagi keselamatan, 2026 PROTON S70 i-GT 1.5 dilengkapi Rear Side Radar System, lima fungsi yang merangkumi Blind Spot Detection, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Door Opening Warning dan Rear Collision Warning. Reverse Camera dan Rear Seat Reminder turut menjadi kelengkapan standard bagi kedua-dua varian Lite dan Prime.

Sambutan Menggalakkan 

Sambutan awal terhadap model ini amat membanggakan apabila berjaya meraih lebih 10,000 tempahan dalam tempoh 14 hari pertama. Purata ini bersamaan dengan satu tempahan setiap dua minit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved