Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

LocalCars
5 Nov 2026 • 4:10 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton secara rasmi telah menmperkenalkan nama varian sedan terbaharu mereka, iaitu Proton S70 RS 2027, bersama-sama mendedahkan rupa paras luarannya menjelang pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Menurut pengeluar kereta nasional itu, nama RS membawa maksud Refined Sportiness, yang mencerminkan penampilan lebih berani dan karakter sporty sedan berkenaan. Dibangunkan berteraskan tema “Performance with Style”, model baharu ini menerima beberapa perubahan pada bahagian luaran dan ruang kabin dengan reka bentuk lebih menyerlah, sambil mengekalkan fokus terhadap gabungan prestasi serta kepraktisan untuk kegunaan harian.

Reka bentuk lebih sporty

Di bahagian luaran, Proton S70 RS menampilkan beberapa perubahan kosmetik ketara bagi membezakannya dengan varian biasa. Bahagian hadapan kini menggunakan rekaan gril dan bampar baharu yang diserikan dengan aksen merah berkontras.

Beralih ke bahagian sisi, terdapat skirt tambahan, rim aloi 17″ dengan rekaan baharu, serta angkup brek berwarna merah terang. Bahagian belakangnya pula dilengkapkan dengan bampar baharu, diffuser, dan kemasan empat muncung ekzos yang menurut Proton memberikan penampilan yang lebih agresif dan berkarakter.

Selain itu, perubahan turut diberikan pada bahagian dalaman. Model S70 RS akan datang ini kemasan tema dwitona dengan aksen merah pada bahagian tempat duduk, papan pemuka, tempat letak tangan, serta tali pinggang keledar. Konsol tengah kini menggunakan rekaan jenis terapung (floating console), lengkap bersama sistem pencahayaan ambien terbina.

Perubahan paling menarik ialah ketiadaan tombol gear pada konsol tengah. Sebaliknya, Proton memperkenalkan Automatic Column Shifter iaitu penukar gear pada tiang stereng, ditemani tombol kawalan Commander Dial. Susun atur ini bukan sahaja menjadikan ruang konsol kelihatan lebih kemas, malah meletakkan kawalan pemanduan utama lebih dekat dengan capaian tangan pemandu.

Kekal guna enjin 1.5L Turbo i-GT

Bagi aspek trenkuasa, Proton S70 RS masih dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo i-GT yang dipadankan dengan transmisi7-kelajuan Dual Clutch Transmission (DCT). Gabungan ini membolehkan sedan ini memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 7.5 saat.

Proton belum mengumumkan harga rasmi untuk model ini. Namun, syarikat itu akan menganjurkan pertunjukan fesyen bersama seorang pereka fesyen tempatan terkenal pada 10 November 2026, jam 8.00 malam.

Acara line-off reveal 2027 Proton S70 RS akan digabungkan dengan pertunjukan fesyen berkonsepkan industri, yang menggabungkan reka bentuk automotif dengan fesyen kontemporari. Acara ini akan disiarkan secara langsung di platform media sosial rasmi Proton.

Dalam masa yang sama, Proton turut berkongsi prestasi jualan S70 yang memberangsangkan. Rangkaian S70 mencatatkan jualan 5,367 unit pada Oktober 2026, dan jumlah jualan terkumpul bagi tahun ini setakat ini mencecah 26,076 unit. S70 juga model Proton kedua paling popular bagi bulan Oktober dan sepanjang tahun ini.

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran minat (ROI) kini telah dibuka melalui laman web rasmi Proton.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved