Proton Saga Laku Teruk: Dalam 5 Hari, Terima 10,000 Tempahan, 1 tempahan setiap 43 saat

LocalCars
19 Nov 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, Proton Saga Serba Baharu menerima 10,000 tempahan  dalam tempoh lima hari sejak harga anggaran diumumkan, baru-baru ini.

Permintaan luar biasa ini bersamaan 2,000 tempahan sehari, 83 setiap jam, atau satu tempahan baharusetiap 43 saat sekali gus menggambarkan keyakinan berterusan rakyat Malaysia terhadap evolusi terbaharu sedankesayangan mereka daripada PROTON.

image is not availableimage is not available

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa berkata, Proton Saga Serba Baharu bukan sekadar sebuah kereta sebaliknya merupakan simbol kemajuan negara yang diolah semula untuk generasi baharu. 

"Pencapaian 10,000 tempahan hanya dalam lima hari amat kami hargai dan memberi inspirasi kepada kami, dan kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas kepercayaan dan sokongan mereka.

“Bagi memastikan pelanggan dapat merasai pengalaman memandu Saga Serba Baharu secepat mungkin, pasukan pengeluaran kami di Tanjong Malim telah bekerja keras untuk meningkatkan kapasiti bekalan, dengan penyerahan kereta kepada pelanggan." katanya.

image is not available

Proton Saga sentiasa mendapat tempat kerana ia ditawarkan pada harga mampu milik iaitu antara RM40,000-RM50,000 selain menawarkan prestasi, pelbagai teknologi dan ciri keselamatan.

Dari segi trenkuasa, ia dismbat dengan enjin i-GT 1.5L serba baharu dan dipadankan dengan Transmisi Bervariasi Berterusan (CVT) yang lancar dan jimat bahan api.

image is not availableimage is not available

Selain itu,  menjengah bahagian kabinnya,  kereta ini menampilkan paparan skrin berkembar bersepadu 16-inci. Lebih menarik, ia turut menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, menonjolkan komitmen PROTON terhadap mobiliti pintar dan terhubung.

Aspek keselamatan turut dipertingkat dimana ia dilengkapi dengan sembilan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS). Ia juga didatangkan dengan enam beg udara, bagi memastikan perlindungan komprehensif dan keyakinan memandu yang lebih tinggi.

image is not availableimage is not available

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan bagi sedan paling ikonik di Malaysia ini, anda boleh kunjungi  mana-mana wakil jualan PROTON yang sah di seluruh negara.