Proton dan Touch n Go hari ini mengumumkan kerjasama, dimana melalui perjanjian ini, setiap kereta Proton X50 baharu yang dijual akan hadir dilengkapi tag RFID Touch ’n Go secara terbina di barisan pengeluaran. Dengan langkah ini, pengguna boleh mengaktifkan terus tag RFID Touch ’n Go ketika memandu keluar kereta baharu mereka dari bilik pameran.

Proton mengatakan setakat ini sebanyak 2000 unit Proton X50 baharu telah diserahkan kepada pelanggan, dan tag RFID Touch ’n Go hadir terbina pada semua varian kenderaan berkenaan.

Selain Proton X50, ia juga dilihat terdapat potensi untuk memperluaskan kerjasama meliputi model-model lain, membuatkan semuanya hadir dengan teknologi RFID Touch ’n Go secara terbina. Proton menyasarkan ini akan memberikan lebih kemudahan dan kepuasan kepada pelanggan berbanding sebelum ini.


