Cincin Pintar RingConn Gen 2 Dan Gen 2 Air Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM999

Digital
7 Aug 2025 • 3:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RingConn secara rasmi melancarkan dua model cincin pintar baharu RingConn Gen 2 dan RingConn Gen 2 Air di pasaran Malaysia. Kedua-dua model direka dengan tubuh yang ringan, hayat bateri panjang serta ciri pemantauan kesihatan tanpa sebarang yuran langganan tambahan.

image is not available

Ringconn Gen 2 Air hadir dengan tubuh keluli tahan karat yang ringan dengan berat 2.5g (bergantung pada saiz). Ia direka untuk tahan lasak dengan penarafan kalis air IP68/10ATM sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk berenang.

Ia turut menawarkan fungsi pemantauan kadar degupan jantung, SpO2 serta kitaran haid. Bateri digunakan boleh berfungsi sehingga 10 hari dan dicas semula melalui dermaga pengecas khusus yang disertakan.

image is not available

Ringconn Gen 2 tampil lebih premium dengan bahan titanium yang nipis dengan ketebalan hanya 2mm dan berat 2 gram (bergantung pada saiz). Sorotan utama cincin ini terletak pada ciri pemantauan apnea tidur yang membolehkan pengguna menilai tahap gangguan penafasan semasa tidur.

Selain itu, ia boleh menganalisis kitaran waktu tidur yang mendalam, serta pemantauan kadar degupan jantung, SpO2 dan tekanan. Bateri digunakan boleh berfungsi mencapai 12 hari lengkap dengan pod pengecas diberikan.

image is not available

RingConn Gen 2 Air ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dune Gold dan Galaxy Silver dengan harga RM999. Sementara itu, Ringconn Gen 2 tersedia dalam empat pilihan warna termasuk Rose Gold dengan harga jualan RM1,399. Kedua-dua cincin ini boleh didapati melalui semua pengedar sah RingConn di seluruh Malaysia.