
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam sedar tak sedar, sudah hampir lima tahun syarikat automotif nasional, PROTON memperkenalkan X50 iaitu sebuah SUV segmen-B yang mendapat sambutan di negara ini.
Jika sebelum ini, PROTON melancarkan X50 RC (Runing Change) pada bulan Jun 2024 dengan tiada perbezaan yang ketara dari luaran dan dalamanya, hanya beberapa ciri yang ditambah baik.
Baca Artikel Berkaitan: Bukan Facelift, Ini Pembaharuan Proton X50 RC 2024 Yang Dilancarkan Hari Ini
Namun kini, orang ramai terutamanya peminat PROTON pasti lebih teruja dengan model terbaharu X50 yang baru diperkenalkan hari ini (1 Julai).
PROTON perkenal X50 Serba Baharu
Proton X50 terbaharu ini menerima kemas kini menyeluruh dengan penambilannya serba baharu selain ciri-ciri yang dinaik taraf.
X50 terbaharu ini menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui semula iaitu seperti:
- Gril dan bampar depan baharu
- Spoiler belakang lebih sporty
- Hadir dengan empat saluran ekzos
- Skema warna dwi-tona
- Set rim aloi dengan rekaan baharu (17 dan 18 inci)

Bukan hanya luaran, dalaman juga berbeza
Bahagian dalam kereta SUV ini juga telah dinaik taraf dengan ketara untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium.
Antara penambahbaikan yang dilakukan adalah seperti bahan sentuhan lembut, konsol lantai terapung, ‘column shifter’ yang diinspirasikan daripada kereta mewah dan ambient light dengan 72 pilihan warna.

Guna VR Bahasa Melayu dan sokong Apple CarPlay
PROTON X50 terbaharu ini juga didatangkan dengan paparan infotainmen lebih besar iaitu 14.6 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay serta dipertingkatkan dengan pengecaman suara (VR) dalam Bahasa Melayu.
Selain itu, aplikasi PROTON Link 2.0 terkini turut meningkatkan kemudahan, menawarkan pengaktifan enjin dan pendingin hawa dari jauh, kemas kini status kenderaan masa nyata serta penjadualan temu janji servis. Semua ini boleh diakses melalui telefon pintar sahaja.
Ciri-ciri keselamatan turut dipertingkatkan
Selain sentuhan mewah dan sistem infotainmen serba canggih, PROTON juga amat menitik beratkan soal keselamatan.
Antara ciri-ciri keselamatan X50 baharu adalah seperti berikut:
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2
- Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS)
- Sistem Bantuan Parkir Automatik (APA)
- Kamera HD 360 darjah serta paparan telus bawah kenderaan 180 darjah.
Tidak hanya itu, kenderaan ini juga disokong oleh penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang.
Enjin i-GT 1.5 TD baharu dengan transmisi dwi-klac
Proton X50 baharu ini dikuasakan oleh gabungan enjin i-GT 1.5 TD baharu yang canggih dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang responsif. Ia mampu menjana kuasa 133kW dan 290 Nm tork.
Ia mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 7.6 saat.
Akhir sekali, PROTON X50 serba baharu ini tersedia dalam tiga varian iaitu Executive, Premium, dan Flagship.
Para pelanggan juga boleh memilih daripada empat warna sedia ada iaitu Snow White, Passion Red, Jet Grey, Armour Silver dan penambahan baharu yang menarik, Teal Bayou Green.
PROTON bakal memulakan aktiviti pra-pelancaran tidak lama lagi. Korang yang berminat boleh mula mendaftar di laman web PROTON dan jadi antara yang terawal merasi evolusi X50.
Baca Artikel Berkaitan: Proton Lancar X70 2025 Untuk Pasaran Sabah & Sarawak


![“Tak Suka? Kumpul Duit Sendiri” – Tauke Berang Anak Mengeluh Bapa Beli Motosikal Tak Ikut Cita Rasa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Vios Kena Tahan Polis Peronda Lepas Tunjuk Isyarat Lucah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)


![Wanita Hanya Mampu Lambai Lihat ‘Belon Duit’ Terbang Ke Langit Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)