Wanita Hanya Mampu Lambai Lihat ‘Belon Duit’ Terbang Ke Langit Buat Ramai Terhibur [Video]

LocalEntertainment
1 Jul 2025 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sambutan hari jadi merupakan salah satu perkara sangat penting untuk diingati oleh kebanyakan individu khususnya jika ia melibatkan insan yang disayangi.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada di antara kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati orang yang tersayang sewaktu hari jadi mereka.

Malah ada juga yang merancang untuk membuat kejutan dengan memberikan hadiah yang diinginkan oleh individu berkenaan serta banyak lagi.

Tular kejutan hadiah sempena hari jadi tak seperti yang dirancang

Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang wanita ini selepas kejutan hari jadi yang dilakukan oleh seorang usahawan dan influencer dikenali sebagai Boss Mario terhadapnya tidak seperti yang dirancang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bossmario_yg, pada awalnya wanita yang dikenali sebagai kak Linda itu kelihatan terharu selepas mengetahui Boss Mario dan anak-anaknya melakukan ‘birthday surprise’ dengan membawanya ke sebuah restoran rooftop.

Kak Linda kelihatan sebak dan menangis sebaik sahaja seorang pekerja wanita membawa kek sambil orang ramai menyanyikan lagu ‘happy birthday’ kepadanya.

Wang kejutan terbang bersama belon duit, kak Linda hanya mampu ‘bye-bye’

Selain birthday surprise, Boss Mario turut memberikan kejutan hadiah kepada kak Linda yang juga seorang ibu tunggal itu berupa gubahan belon bersama duit.

Namun, lain pula yang terjadi selepas kak Linda membuka kotak hadiah terbabit apabila sebuah belon yang diikat bersama beberapa helaian wang kertas terbang naik ke langit.

Tiada siapa yang sempat menangkap tali yang diikat pada belon tersebut semasa ia sedang terbang menyebabkan kak Linda hanya mampu melihat hadiah berbentuk wang itu naik ke udara.

Malah, apa yang lebih menghiburkan, dia hanya mampu melambai sambil mengucapkan ‘bye-bye’ (selamat tinggal) kepada wang tersebut.

@bossmario_yg Happy Birthday Kak Linda aka Makcik Shell, Semoga panjang umur dan murah rezeki. Saya harap akak kekal kuat dan semangat sebagai ibu tunggal kepada 2 orang anak iaitu Adam dan Afiq. Saya meminta maaf sekiranya ada kesilapan dari pihak saya 🙏🏻✨ #bossmario #yewgadget #simpantakkayabagitakmiskin #janjibonettakkosong #melakapeople #xvzbca #viral #kongsirezeki #fyp #perfumetiktok ♬ original sound – Boss Mario

Netizen terhibur lihat reaksi kak Linda

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video tersebut.

Kebanyakan netizen berasa terhibur melihat reaksi kak Linda yang hanya reda dengan insiden yang berlaku itu. Tidak kurang juga yang berseloroh berharap duit terbabit jatuh di hadapan rumah mereka.

Tidak kurang juga orang ramai mengucapkan selamat hari jadi kepada Kak Linda dan mendoakan kesejahteraan buat ibu tunggal kepada dua orang anak itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available