PRU-15: 3,700 Pegawai, Anggota Digerakkan - Ketua Polis N.Sembilan

24 Oct 2022 • 9:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Dzaffir Mohd Yussof - Gambar Bernama

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan menggerakkan 3,700 pegawai kanan dan rendah bagi penugasan  di seluruh negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Negeri Sembilan DCP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya turut bekerjasama dengan semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan keselamatan dan proses pengundian berjalan lancar.

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan sudah bersiap siaga bagi menghadapi PRU-15 yang bakal berlangsung nanti dan akan gerakkan 3,700 anggota kita sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian bagi PRU-15, penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November.

Sementara itu, Ahmad Dzaffir berkata pada masa sama persiapan penugasan untuk bencana Monsun Timur Laut juga dalam keadaan siap sedia dengan sumber manusia dan aset kelengkapan untuk digerakkan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa dipelihara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved