PRU-15: Batal Hasrat Bertanding Di Gombak, 'Mak Minta Saya Tarik Diri' - Diva AA

Politics
5 Nov 2022 • 10:55 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Azwan Ali - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR – Politik di Malaysia tidak pernah lekang daripada ‘drama’ sehingga ada kala ia di luar jangkaan seperti apa yang berlaku pada penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Di kerusi Parlimen Gombak, selebriti Mohamed Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menjadi tumpuan apabila menjelaskan kepada wartawan mengapa beliau membatalkan hasrat untuk bertanding menentang penyandang kawasan itu yang juga abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ia kerana bisikan arwah Mak Tom (ibu) saya...

“Dia datang kepada saya dalam mimpi, menasihati saya untuk tidak bersaing,” katanya sebak.

Beliau dilihat cuba mengesat air mata tanpa menanggalkan kaca mata hitamnya.


Terdahulu, Azwan mengumumkan mahu menentang abangnya di Gombak, tetapi selepas hadir ke penamaan calon tadi, beliau membuat keputusan membatalkan hasrat itu.

Kini, beliau memaklumkan akan menyokong Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya itu.

Semasa tiba di kawasan pusat penamaan calon awal pagi ini, beliau dilihat bersalaman dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut bertanding di Gombak. – The Vibes, 5 November 2022
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved