PRU-15: 'Robot Transformers' Curi Perhatian, Meriahkan Proses Penamaan Calon

Politics
5 Nov 2022 • 3:27 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Robot 'Transformers' tidak ketinggalan memeriahkan serta mengiringi calon di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Permatang Pauh, pagi tadi. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Proses penamaan calon telah berakhir pagi tadi. Kini tugas berat menanti calon-calon untuk meyakinkan pengundi di kawasan masing-masing untuk memilih mereka.

Kali ini, pastinya banyak aspek yang akan menjadi pertimbangan pengundi.

Calon-calon yang hanya muncul lima tahun sekali di kawasan mereka, pasti akan ditolak, begitu juga yang menjanjikan 'bulan dan bintang' tapi tidak mampu memenuhinya.

Anda pasti akan 'dibenamkan' oleh pengundi.

Sempena proses penamaan calon pagi tadi, Jurufoto Getaran telah meninjau beberapa lokasi pagi tadi. Gambar-gambar menarik ini dimuatnaik untuk tatapan pembaca.

image is not available
Pasukan petugas dari Kementerian Kesihatan dan polis ditugaskan pada hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Bentong. - Gambar oleh Syeda Imran

image is not available
Anggota polis mengadakan kawalan di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Gombak. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Petugas SPR mengadakan sekatan jalan di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Tambun. - Gambar oleh Alif Omar

image is not available
Maskot Pakatan Harapan turut mewarnai suasana proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Bentong. - Gambar oleh Syeda Imran

image is not available
Salah seorang penyokong parti Perikatan Nasional yang hadir pada proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Gelagat sebahagian penyokong Pakatan Harapan di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Permatang Pauh. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Proses penamaan calon bagi Parlimen Masjid Tanah turut dimeriahkan dengan paluan gendang oleh penyokong Barisan Nasional di UiTM Lendu, Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman

image is not available
Penyokong Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional memberikan sokongan kepada beliau di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak. - Gambar oleh Sairien Nafis

image is not available
Salah seorang penyokong Perikatan Nasional mengibarkan bendera PAS ketika mengiringi calon parti berkenaan di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Permatang Pauh. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

image is not available
Beberapa anggota polis memantau penyokong calon-calon di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak. - Gambar oleh Sairien Nafis