PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

LocalPolitics
26 Jul 2026 • 7:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang perbincangan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini yang menyentuh sebarang aspek berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU).

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Perdana Menteri dijangka mengambil kira tarikh tamat penggal Parlimen, sekiranya berlaku perubahan dalam landskap geopolitik negara sebelum membuat keputusan berkaitan PRU.

“Pada pandangan saya, jika berlaku perubahan geopolitik, sudah tentu tarikh tamat penggal Parlimen akan diambil kira oleh Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dengan kami.

“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong sama ada pembubaran Parlimen boleh dilakukan lebih awal atau sebaliknya,” katanya.

Semalam, Menteri Luar yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menjangkakan PRU diadakan lebih awal, selain mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau.

Mohamad dilaporkan berkata, terdapat kemungkinan Parlimen dibubarkan seawal penghujung tahun ini sekiranya Perdana Menteri berpandangan keadaan semasa sesuai untuk berbuat demikian. - Getaran, 26 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved