PRU15: Adakah Kerajaan Persekutuan Baharu Akan Diketahui Hari Ini?

Politics
21 Nov 2022 • 12:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setelah lebih 24 jam Parlimen tergantung kerana tiada gabungan parti yang mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah pasti menjadi persoalan ramai adakah kerajaan baharu akan diketahui hari ini.

Agong titah parti buat perakuan gabungan sebelum jam 2 petang hari ini

Semalam (20 November), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah menintahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang hari ini (21 November).

Titah Baginda, gabungan parti politik yang dipersetujui harus mengemukakan nama seorang ahli yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.

image is not available

image is not available

GPS setuju kerjasama dengan PN, BN, dan GRS

Susulan itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan persetujuan mereka untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kenyataan itu diberikan oleh Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada petang Ahad menerusi media sosial rasminya.

Ia susulan pertemuan yang diadakan bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebelah pagi.

Ekoran itu, Muhyiddin mendakwa beliau sudah memilik bilangan sokongan yang mencukupi untuk membolehkan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Zahid nafi bincang antara GPS dan PN untuk tubuh kerajaan

Bagaimanapun, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan gabungan itu ada berbincang dengan GPS bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama PN.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, tiada apa-apa rundingan yang dibuat antara gabungan itu dengan PN buat masa ini.

Menurut sumber dalaman BN, 20 daripada 30 ahli Parlimen berkenaan bersedia menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias menerusi satu kenyataan media turut memberi cadangan agar Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10

PH yakin terajui Malaysia, bilangan kerusi sudah mencukupi

Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin beliau akan menerajui Malaysia kerana memiliki bilangan kerusi mencukupi.

Terkini, difahamkan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Zahid di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sehingga kini, ia meninggalkan persoalan yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia tentang kerajaan gabungan manakah yang bakal memimpin negara untuk jangka masa lima tahun mendatang.

Diharapkan kemelot politik ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan parti gabungan yang akan membentuk kerajaan menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka sebaik mungkin.

Source: