[🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10

24 Nov 2022 • 1:34 PM MYT
Newswav
Newswav

Newswav

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10

PH vs PN, siapa akan jadi PM-10? Inilah semua yang anda perlu tahu.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini merupakan kali pertama semua pengundi termasuk yang berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik. Ia juga merupakan kali pertama dalam sejarah demokrasi Malaysia mengalami Parlimen tergantung.

Inilah semua yang berlaku selepas PRU15 pada 19 Nov. Sementara itu, anda boleh menyemak kad laporan Anwar Ibrahim & Muhyiddin Yassin dari MyMP.


Nov 24 1.33pm

🏆 RASMI: Menurut Istana Negara, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10.

Istiadat mengangkat sumpah akan diadakan pada pukul 5.00pm nanti.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


Nov 24, 1.00pm

Majlis Tertinggi PN telah bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan YDPA atas pembentukan kerajaan perpaduan.

PN setiausaha agong Hamzah Zainuddin berkata ini akan melibatkan perbincangan dengan pihak yang sehaluan.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


Nov 24, 12.19pm

GRS mengeluarkan kenyataan bahawa ia bersedia untuk mengikut nasihat YDPA untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“GRS berpendirian bahawa penubuhan kerajaan perpaduan harus inklusif dan melibatkan Kerajaan Sabah dan Sarawak yang diberi mandat oleh rakyat.” 

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


Nov 24, 11.57am

Sultan Johor dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dilihat keluar dari Istana Negara.


Nov 24, 11.49am

Menurut Facebook Lim Guan Eng, beliau turut memohon maaf kepada Premier Sarawak dan kerajaan GPS Sarawak.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


Nov 24, 11.35am

Naib Pengerusi GRS Jeffrey Kitingan berkata beliau menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh PH, menurut laporan FMT.


Nov 24, 11.00am

Menurut Facebook setiausaha agung DAP Anthony Loke, beliau telah mengunjungi Premier Sarawak Abang Johari pagi tadi untuk memohon maaf secara terbuka.

"Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka," kata Anthony.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


Nov 24, 1.27am

MKT Umno secara sebulat suara menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN.

Semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen PRU15 akan menerima sebarang bentuk Kerjaan yang bakal dimasyhurkan oleh YDPA. Zahid akan kekal sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


Nov 23, 9.08pm

Mengikut laporan Harian Metro, PH dan BN dipercayai sudah mencapai kata sepakat berhubung formula bagi pentadbiran negara. 

Antara cadangan perjanjian 10 perkara adalah jawatan Perdana Menteri akan dipegang Ahli Parlimen PH, manakala jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh pemimpin BN.


Nov 23 5.00pm

Ismail Sabri telah meninggalkan St Regis selepas dua jam bertemu PN. Mesyuarat itu dipercayai adalah untuk mendengar cadangan Pengerusi PN Tan sri Muhyddin Yassin atas pembentukan kerajaan.


Nov 23 5.00pm

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, mengesahkan bahawa Zahid telah menghantar surat kepada Istana Negara menyatakan sokongan BN terhadap Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.


Nov 23, 4.46pm

8 Ahli Parlimen PH yang memenangi kerusi DUN pada PRU15 telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang.


Nov 23 3.42pm

Ismail Sabri, Tok Mat, dan Dominic Lau (presiden Gerakan) dilihat muncul di St Regis KL.

Ismail Sabri berkata beliau berada di sana untuk mesyuarat tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.


Nov 23 3.02pm

YDPA menitahkan bahawa semua 30 ahli Parlimen BN mesti mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Zahid.


Nov 23, 1.11pm

Menurut kenyataan akhbar Istana Negara, YDPA akan mengadakan mesyuarat khas dengan semua Raja-Raja Melayu di Istana Negara esok (24 Nov) pada pukul 10.30 pagi.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


23 Nov, 11.25am

Tiga pemimpin BN telah meninggalkan Istana Negara, manakala pemimpin GPS - Fadillah Yusof, Richard Riot dan Alexander Nanta Linggi - telah tiba di Istana.


23 Nov, 10.21am

Menurut laporan, bukan kesemua 30 ahli Parlimen BN akan hadir. BN akan diwakili oleh Zahid, Tok Mat dan Zambry.


23 Nov, 10.03am

Wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah dititah ke Istana Negara menghadap Agong hari ini.


23 Nov, 1.04am

BN memohon perkenan untuk menangguhkan pertemuan dengan YDPA yang dijadualkan pada jam 10.30 pagi hari ini.

Beberapa perkara masih diteliti sebelum keputusan mengenai sokongan terhadap calon ditetapkan. 


22 Nov 7.22pm

Ismail Sabri berkata, satu sesi sidang khas parlimen akan diadakan bagi membentangkan bajet khas untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember, jika masih tiada kerajaan dibentuk.

"Jadi rakyat jangan keliru, seolah-olah sekarang ini tidak ada kerajaan, kerajaan lama masih kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker goverment.’


22 Nov, 7.02pm

Muhyiddin Yassin menunjukkan bukti rasmi bahawa istana telah menerima 115 SD yang dikemukakan dan beliau mengulangi bahawa PN mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

"[...] ada yang dikatakan dokumen tak mencukupi. Namun ini buktinya," katanya.

Beliau juga menolak cadangan Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PN dan PH.


22 Nov, 6.45pm

Yang di-Pertuan Agong akan menghadap 30 Ahli Dewan Rakyat dari BN esok jam 10.30 pagi. Ini adalah bertujuan supaya YDPA dapat menbuat keputusan bagi melantik PM-10 yang mendapat kepercayaan majority ahli Dewan Rakyat.

Baginda menasihati rakyat Malaysia agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baru dan pelantikan Perdana Menteri ke-10 selesai.

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


22 Nov, 5.50pm

Anwar mengesahkan kepada media di luar Istana Negara bahawa tiada keputusan muktamad setakat ini. Beliau berkata segalanya terserah kepada YDPA untuk membuat keputusan.

Spekulasi berleluasa bahawa Anwar akan menjadi PM sementara, tetapi Malaysiakini masih menunggu pengesahan Istana Negara.


22 Nov, 5.10pm

Muhyiddin meninggalkan Istana Negara tanpa bercakap kepada media.


22 Nov, 3.29 pm

Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin dititah menghadap Agong pukul 4.30 petang hari ini.

Ini berlaku selepas Seri Paduka Baginda mendapat tahu bahawa tiada gabungan politik yang mendapat kepercayaan majoriti mudah (112 kerusi).


22 Nov, 2.31pm

Agong telah keluar dari keretanya untuk mengadap akhbar. Baginda cuba mententeramkan keadaan.

“Saya tidak boleh dedahkan apa-apa kerana saya tidak nampak apa-apa. Sabar. Terima keputusan rakyat, keputusan Ahli Parlimen, dan keputusan Agong. Biar saya buat keputusan secepat mungkin,” titah baginda.


22 Nov, 2:17pm

Ismail Sabri mengesahkan BN tidak akan bekerjasama dengan PH ataupun PN untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

"Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," katanya.


22 Nov, 1.54pm

Parti Warisan menyatakan sokongannya kepada PH dan BN.

Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata, "Kedua-duanya mempunyai bilangan kerusi untuk membentuk kerajaan dan majoriti rakyat telah mengundi PH dan BN. Justeru, PH dan BN harus diberi pilihan pertama untuk membentuk kerajaan."


22 Nov, 1.25pm

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dilihat memasuki Istana Negara.


22 Nov, 12.08pm

Menurut laporan Getaran, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon secara ringkas berkata bahawa ‘satu keputusan sudah dibuat, mereka sedang bertemu Ahli Parlimen sekarang.’


22 Nov, 11.29am

Pemimpin tertinggi PN punya dilihat berkumpul di kediaman Muhyiddin pagi ini bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan PN menerima satu lagi SD yang membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan.


22 Nov, 11.27am

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang melibatkan pimpinan utamanya sedang berlangsung di Menara Dato' Onn.

Menurut Sinar Harian, pertemuan tersebut adalah bagi memuktamadkan kerjasama PH dan BN dalam membentuk kerajaan Persekutuan.


22 Nov, 10.05am

GPS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka akan serahkan kepada kebijaksanaan YDPA untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara.

Bagaimanapun, Abang Johari menegaskan cadangannya untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS).

Image from: [🏆RASMI] Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM ke-10


21 Nov, 8.42pm

Menurut laporan Oriental Daily, PH dan BN akan menandatangani SD di ibu pejabat Umno esok jam 9 pagi, menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.


21 Nov, 7.45pm

🗳️ RASMI: SPR mengumumkan bahawa calon GPS Anyi Ngau menang kerusi Parlimen di Baram, Sarawak. Beliau menewaskan Roland Engan dari PH dengan majoriti 7,399 undi.


21 Nov, 3.18pm

PH Pahang bersetuju menjalin kerjasama dengan BN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.


21 Nov, 2.06pm

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata bahawa PN telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada lebih 112 Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Muhyiddin Yassin sebagai PM-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.


21 Nov, 1.39pm

Istana Negara melanjutkan tarikh akhir untuk parti politik mengemukakan calon pilihan perdana menteri kepada 2.00 petang esok.


21 Nov, 12.14pm

PH dan BN sudi bekerjasama untuk membentuk kerajaan di Pahang dan Perak. ADUN Kota Tampan Datuk Seri Saarani Mohamad dari BN akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini.


21 Nov, 12.00pm

Mesyuarat telah tamat. Hanya 2 ahli parlimen BN Hishamuddin Hussein (Sembrong) dan Jalaluddin Alias ​​(Jelebu) secara terbuka menolak kerjasama dengan PH. Memandangkan kebanyakan ahli parlimen BN menunjukkan sokongan mereka, PH mungkin mempunyai majoriti di sini. 

Sementara itu, Zahid Hamidi meminta Istana Negara memanjangkan tarikh untuk mereka menyerahkan nama calon Perdana Menteri.


21 Nov, 11.01am

Pemimpin PH dan BN sudah tiba di Hotel Seri Pacific. 


21 Nov, 10.11am

Kerjasama antara PH dan BN dijangka dimuktamadkan hari ini (21 November). Difahamkan pertemuan kedua-dua pemimpin gabungan itu akan diadakan di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada jam 10.00 pagi.1


21 Nov, 8.43am

12 pusat mengundi bagi Parlimen Baram, Sarawak hari ini dibuka untuk proses pengundian selepas ia ditangguhkan sebelum ini akibat cuaca buruk.


20 Nov, 10.47pm

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin akan diberi peluang untuk menerajui negara pasca PRU15 kerana sudah mempunyai majoriti mudah.

Bagaimanapun, beliau masih merahsiakan gabungan parti politik yang akan dibentuk itu.


20 Nov, 10.31pm

Datuk Othman Aziz juga mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.


20 Nov, 9.55pm

Sebaliknya, Pengerusi BN, Zahid Hamidi menegaskan bahawa BN tidak pernah sama sekali berunding dengan GPS untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan persekutuan bersama PN.

Beliau juga menyatakan bahawa tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa maksud kepada persefahaman untuk membentuk kerajaan dengan gabungan berkenaan. 


20 Nov, 6.35pm

Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau telah mendapat sokongan daripada GPS and GRS untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.


20 Nov, 6.19pm

Presiden Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari, mengumumkan bahawa GPS akan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaaan Persekutuan yang stabil dan kuat. Abang Johari turut memaklumkan partinya memilih Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.


20 Nov, 4.49pm

Kekalahan BN menyebabkan beberapa ahli UMNO berundur dari parti tersebut. Shahril Sufian Hamdan telah letak jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO. Shahril juga gesa Zahid Hamidi untuk berunder secara berhormat selepas BN gagal memperoleh kerusi parlimen majoriti dalam PRU15. Ketua UMNO Selangor Noh Omar juga telah letak jawatan.


20 Nov, 2.27pm

Agong titah gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2.00 petang, pada hari Isnin, 21 November.


20 Nov, 4.57am

🗳️ RASMI: Pakatan Harapan (PH) menang 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) menang 73 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 30 kerusi. Tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

PN berjaya membentuk kerajaan negeri di Perlis. Tiada majoriti mudah di Pahang & Perak walaupun PN menang 17 kerusi DUN dan 26 kerusi DUN masing-masing.