PRU15: Adam Adli Dedah Harta Bersih Hanya RM18,878 Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Entertainment
8 Nov 2022 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin menghampiri dan kebanyakan parti politik telah membentangkan beberapa manifesto di media sosial demi meyakinkan pengundi bahawa perkara tersebut bakal direalisasikan sekiranya mereka berjaya merangkul Putrajaya ataupun sah sebagai kerajaan untuk penggal yang seterusnya.

Ada juga calon-calon pilihan raya telah bertindak tampil bersih dengan mendedahkan jumlah aset dan harta mereka sendiri untuk mengelakkan sebarang spekulasi daripada para pengundi yang bakal memilih pada 19 November ini.

Seperti baru-baru ini, seorang calon pilihan raya telah mendedahkan aset bersihnya di media sosial sehingga menarik perhatian netizen untuk memberikan reaksi yang pelbagai.

Adam Adli dedah harta bersih hanya RM18,851?

Beberapa hantaran telah dikongsikan di Twitter berkenaan beberapa dokumen pengisytiharan harta dikeluarkan oleh sebuah parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menampilkan seorang calon yang bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya iaitu Adam Adli.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila dilihat pada dokumen tersebut, nila hartanya hanya bernilai RM18,878.63.

Menerusi dokumen yang dikongsi, Adam Adli telah mendedahkan kesemua hartanya dan antaranya tunai di bank (RM1,778.45) , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (RM13,643.87), Amanah Saham Nasional Berhad (RM111.47).

Dia yang sudah berkahwin dengan sudah memilik dua orang anak juga meraih RM3,000 sebagai pendapatan bulanan dan membelanjakan RM2,440 sebulan termasuklah sewa rumah, bil utiliti, yuran pusat asuhan, insurans hayat dan Netflix.

Undang pelbagai reaksi netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dimana ada antaranya yang terpegun melihat dokumen tersebut dan memberi gambaran sebenar kebanyakan gaya kehidupan rakyat Malaysia yang hanya berpendapatan sederhana.

image is not available

image is not available

image is not available

Namun, ada juga yang mempertikaikan dokumen tersebut dan mengatakan tidak sesuai untuk menjadi wakil rakyat.

image is not available

“Boleh dikaitkan tapi tak sesuai jadi wakil rakyat. Dia langsung tak berpengalaman dalam kehidupan, masih muda dan naif. Dia patut berusaha seperti orang lain! Jadi orang berjaya dan buktikan sebelum menjadi pemimpin!”

image is not available

Apa-apapun undi di tangan masing-masing dan kita sahaja mampu menilai pemimpin kawasan kita sendiri….

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article