PRU15: Anwar pintas Peja di Tambun

Politics
19 Nov 2022 • 9:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Faizal (kiri) dan Anwar

IPOH - Keputusan tidak rasmi Parlimen Tambun menyaksikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memintas pencabarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perikatan Nasional) dengan kelebihan 570 undi.

Calon PH itu memperoleh 8,790 undi manakala Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pula memperoleh 8,220 undi selepas 57 saluran di kira di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Tambun di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan di sini.

Sementara itu, calon BN, Datuk Aminuddin Md Hanafiah mendapat undian sebanyak 4,858undi dan calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir sebanyak 171 undi.