PRU15: BN boleh jadi parti tunggal terbesar bentuk kerajaan

Politics
10 Sep 2022 • 8:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Rahman ketika ditemui pemberita di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) akan menjadi satu-satunya blok parti terbesar yang akan membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan juga yakin bahawa BN mampu menjadi sebuah parti dominan pada PRU itu nanti.

"Ramai yang mengatakan tidak ada satu pakatan yang akan membentuk kerajaan. Sekarang BN pun sudah kehilangan Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), kita sudah tidak ada Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai parti komponen.

"Tetapi saya boleh pastikan, Insya-ALLAH BN akan menjadi blok tunggal yang terbesar di Parlimen nanti. Besar kemungkinan Yang di-Pertuan Agong akan memanggil blok yang terbesar untuk membentuk kerajaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau bagaimanapun tidak menolak akan ada satu kerjasama antara BN dengan parti lain selepas PRU nanti.

"Kita akan lihat dengan siapa akan bekerjasama yang boleh berkongsi visi dengan BN maka akan terbentuk kerajaan itu nanti.

"Ada satu gabungan yang dapat membentuk kerajaan secara automatik, akan ada kerjasama selepas ini dan saya pasti BN akan menjadi teras kepada kerajaan baharu," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved