PRU15: BN Tidak Pernah Berunding Dengan GPS untuk Beri Persetujuan Penubuhan Kerajaan Bersama PN – Zahid

Politics
20 Nov 2022 • 9:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan parti Barisan Nasional (BN) pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan berasma parti Perikatan Nasional (PN).

image is not available

Kenyataan itu dikeluarkan Presiden BN dan UMNO itu susulan Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata mereka bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan dengan tiga parti politik lain iaitu, PN, BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut sumber, Zahid turut memaklumkan tiada sebarang perundingan dengan PN setakat ini yang boleh membawa kepada adanya persefahaman untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

image is not available

Jelas Zahid lagi, kesemua ahli Parlimen BN yang telah memenangi kerusi di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menadatangani akujanji dan memberi mandat kepadanya selaku Presiden untuk menentukan apa-apa gabungan politik dalam penubuhan kerajaan.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan mengakibatkan pelepasan keahlian parti termasuk kerusi Parlimen, selaran dengan undang-undang larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti seperti yang termaktub di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.