PRU15: Buat penilaian secara matang

Politics
4 Nov 2022 • 1:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mahathir

KUALA LUMPUR – Pengundi muda di negara ini khususnya mereka yang berusia 18 hingga 20 tahun dan kali pertama mengundi perlu matang dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui negara.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Wilayah Persekutuan, Mahathir Mohd Rais berkata, golongan muda boleh membuat penilaian berdasarkan senario politik semasa dan mampu memilih calon yang selayaknya diundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Walaupun baru kali pertama mengundi mereka adalah golongan terpelajar, akan dapat melihat sendiri sama ada calon dari parti mana yang patut mereka pilih," katanya.

Jelasnya, pengundi juga harus bijak memilih calon yang mempunyai ‘track record’ yang baik serta mampu membela nasib mereka pada masa akan datang.

“Inilah peluang untuk mereka memilih calon yang prihatin dalam membela nasib mereka pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan pengundi tidak mudah terperangkap dan terpedaya dengan propaganda serta pembohongan yang disebarkan.

"Dalam dunia media sosial pasti timbul banyak berita tidak benar jadi pengundi perlu semak kesahihannya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan untuk percaya atau tidak," kata beliau.

Proses pengundian pada PRU15 kali ini menyaksikan kira-kira 21 juta pemilih berdaftar bakal memilih wakil mereka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved