PRU15: DAP umum Fatin Zulaikha bertanding di Mersing, Chin Tong di Iskandar Puteri

Politics
31 Oct 2022 • 8:24 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: DAP mengumumkan bahawa Fatin Zulaikha Zaidi akan bertanding di kerusi Parlimen Mersing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berasal dari Johor Bahru, Fatin Zulaikha, 29, merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor Jaya Liow Cai Tung sejak 2018 sehingga kini dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kajian Politik dan Pemerintahan).

Mengumumkan perkara itu dalam majlis pengumuman calon di Skudai malam ini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata Fatin Zulaikha ialah calon wanita Melayu ketiga yang ditampilkan oleh parti itu untuk bertanding pada PRU15 selepas Young Syefura Othman (Bentong) dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

Beliau turut mengumumkan bahawa Pengerusi DAP Johor yang juga ADUN Perling Liew Chin Tong akan bertanding di kerusi Parlimen Iskandar Puteri menggantikan penyandangnya, Lim Kit Siang.

Penyandang lain yang akan mempertahan kerusi masing-masing ialah bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching di Parlimen Kulai dan Wong Shu Qi (Kluang).

Loke turut mengesahkan bahawa parti itu akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen di Johor yang membabitkan empat calon lelaki dan tiga calon wanita.

Sebelum ini, bekas Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali diumum bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam manakala Pang Hok Liong mempertahan kerusi Labis dan bekas Adun Skudai Tan Hong Pin di Bakri.-Bernama