PRU15: Gagal Menang Satu Pun Kerusi, BN ‘Karam’ Di Parlimen Pulau Pinang

Politics
20 Nov 2022 • 11:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mencipta sejarah di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini apabila parti Barisan Nasional (BN) gagal memenangi mana-mana kerusi di Parlimen Pulau Pinang.

Memetik sumber, kerusi Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang dianggap sebagai kubu kuat BN selama 48 tahun juga gagal dipertahankan selepas kedua-duanya jatuh ke tangan calon daripada parti Perikatan Nasional (PN).

image is not available

Di Parlimen P041 Kepala Batas, kerusi terbabit dimenangi oleh calon PN, Dr Siti Mastura Mohamad dengan majoriti selesa sebanyak 2,867 undi menewaskan penyandang selama dua penggal Parlimen itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Perebutan lima penjuru di Parlimen P042 Tasek Gelugor pula menyaksikan Wan Saifulruddin Wan Jan (PN) berjaya menewaskan calon BN, Muhamad Yusoff Mohd Noor. Calon PN yang juga Ketua Penerangan Bersatu itu menang dengan majoriti besar sebanyak 12,252 undi.

image is not available

Dalam pada itu, pilihan raya kali ini menyaksikan kebangkitan parti Perikatan Nasional selepas turut berjaya merampas kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh yang disandang Nurul Izzah Anwar (PH) sebelum ini.

Untuk info, sejak 1982, kerusi Parlimen Permatang Pauh teguh dipertahankan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Presiden PKR. Anak beliau, Nurul Izzah pula merupakan penyandang kerusi berkenaan selepas memenanginya pada PRU14.

Untuk dapatkan info lanjut mengenai calon yang memenangi Parlimen lain di Pulau Pinang, korang boleh klik SINI.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.