PRU15: GTA umum lapan calon awal

Politics
27 Oct 2022 • 5:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Mahathir (tengah) pada sidang akhbar semasa mengumumkan lapan calon GTA pada Khamis.

PUTRAJAYA - Gerakan Tanah Air (GTA) mengumumkan lapan calon awal dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan bertanding di Jerlun manakala Setiausaha Agung, Datuk Amiruddin Hamzah diletakkan di Kubang Pasu.

Ketua Pejuanita Che Asmah Ibrahim pula diletakkan sebagai calon Parlimen Sepang, Mior Nor Haidir Suhaimi (Tapah), ADUN Batangkali Harumaini Omar (Hulu Selangor), ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli (Kuala Selangor) dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Titiwangsa).

Sebelum ini, Dr Mahathir mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved